Kesihatan

Awas! Kuku Sakit Mungkin Petanda Kanser Kulit

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Awas! Kuku Sakit Mungkin Petanda Kanser Kulit

Kuku merupakan salah satu anggota badan yang penting bagi manusia, ramai yang tidak sedar sama ada kuku dalam keadaan sihat atau tidak. Jika kuku yang sakit dan rosak tidak di rawat dengan segera ia akan mengakibatkan kesihatan kamu merundum dan sekaligus boleh menjerumus masalah kuku menjadi kanser kulit yang di kenali sebagai Subungual Melanoma.

IKLAN

Apa Itu Melanoma?

Foto – Reddit

Melanoma merupakan kanser kulit yang bermula pada fasa melanocytes di mana, munculnya sel pigmentasi kulit. Sesetengah melanocytes akan membentuk lubang dan sesetengah lubang yang terhasil merupakan sel kanser.

Kanser melanoma sukar untuk di rawat jika tidak dapat di kesan dengan awal, jika kanser ini lambat di kesan ia akan merebak sehingga ke organ tubuh dalaman yang lain. Melanoma berlaku apabila sebahagian anggota badan terdedah dengan ultraviolet seperti muka. Dan sesetengah melanoma muncul di kawasan bawah kuku yang di kenali sebagai Subungual Melanoma.

Apa Itu Subungual Melanoma?

Foto – Pinterest

Subungual Melanoma datang menerusi matrix kuku yang merupakan keratin original. Untuk makluman, antara kansar lain yang berkaitan dengan kuku adalah Ungula Melanoma, di mana ia berlaku pada dalam kuku dan mana kala Periungual Melanoma pula datang pada kulit bersebelahan dengan kuku.

Gejala Subungual Melanoma

  • Kuku berwarna coklat atau hitam tanpa sebarang luka atau kecederaan.
  • Garis-garis yang terdapat pada kuku semakin bertambah
  • Lebam yang terdapat pada kuku tidak sembuh dan kuku yang tumbuh juga terdapat lebam
  • Kuku tangan atau kuku kaki terkeluar dari landasan kuku
  • Kulit pada sebelah kuku menjadi gelap
  • Kuku berdarah atau kuku menjadi bengkak
  • Kuku menjadi retak, menipis dan terkeluar dari landasan kuku
  • Rasa sakit pada kuku

Risiko Menghidapi Subungual Melanoma

Foto – Healthline

Jika kuku kamu menghidapi kanser kulit subungual melanoma ia bermakna terdapat beberapa faktor risiko yang boleh terjadi kepada diri. Antara risiko-risiko yang bakal di hadapi adalah:

  • Kulit menjadi semakin gelap
  • Menjadi lebih tua daripada 50 tahun
  • Menghadapi sejarah trauma pada jari tangan atau kaki
  • Menghadapi masalah imunosupresif seperti HIV

Faktor risiko ini berlaku apabila subungual melanoma semakin teruk dan kerap terdedah dengan cahaya matahari dan ultraviolet.

Rawatan Subungual Melanoma

Foto – Verywell Health

Setelah doktor mengenalpasti bahawa kuku kamu menghidapi kanser subungual melanoma, doktor akan memulakan rawatan dengan membuang kawasan yang dijangkiti menerusi pembedahan. Dan semasa proses rawatan ini, kuku kamu berkemungkinan akan dibuang secara keseluruhannya atau sebahagian.

Jika kanser ini telah merebak sehingga ke organ tubuh badan yang lain, maka ia memerlukan rawatan yang lebih intensif berbanding dari membuang kawasa yang dijangkiti.

IKLAN

Menerusi pembedahan di bahagian kawasan yang dijangkiti, doktor akan mencadangkan untuk kamu meneruskan terapi untuk mengelakan kanser subungual dari terus merebak. Dan rawatan ini mungkin mengandungi kemoterapi dan juga radiasi.

Bagaimanapun, terapi radiasi sering digunakan sebagai rawatan untuk mengurangkan kesakitan untuk individu yang menghidapi melanoma. Rawatan ini akan dapat membantu mengurangkan sakit dan sel kanser dari terus tersebar. Meskipun begitu, ia tetap tidak dapat menyembuhkan kanser kuku yang dihadapi, cuma sekadar mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan penyebaran sel kanser di tubuh badan.

Jika kamu memiliki kuku dengan tanda-tanda seperti di atas, segera mendapatkan rawatan di hospital dan kenalpasti masalah kuku yang dihadapi dengan pasti dan awal.