Kesihatan

Tanda-Tanda Anda Penat Mental Dan Fizikal

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tanda-Tanda Anda Penat Mental Dan Fizikal

Kehidupan yang penuh mencabar, sibuk, moden, cepat, membuatkan kita kadangkala rasa letih. Kita tak dapat mengawal segala yang berlaku dalam kehidupan dan dalam ketidakpastian ini, kita mengalami tekanan yang memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

IKLAN

Kebanyakan kita terjejas mental dan emosi akibat tekanan yang mengakibatkan sejumlah simptom yang tidak sihat di dalam diri mengganggu aliran hidup normal kita. Kita kena tahu walau pelbagai cabaran perlu ditempuh, adalah penting bagi kita memahami keadaan minda dan badan. Rehatlah jika badan dan minda tidak boleh meneruskan kerja lagi.

Foto – Quotes

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, maka anda perlukan rehat yang cukup bagi memulihkan keadaan supaya segar dan bertenaga semula.

Anda cepat rasa meluat dan menjengkelkan

Anda rasa terjejas dengan perkara-perkara kecil yang langsung tidak masuk dek akal. Anda merasakan keadaan sekeliling memberi impak negatif. Anda jadi hilang sabar dan mudah mengeluh dengan mudah. Anda rasa tiada harapan dan malas dengan semua keadaan.

Anda sentiasa terlambat

Entah bagaimana, anda seolah-olah kehabisan masa. Bahkan anda tidak mempunyai masa untuk diri sendiri lagi, apatah melakukan hobi kegemaran walau sekadar menonton siri di Netflix. Bila keadaan ini terjadi, pergi ke spa, manjakan diri. Luangkan masa window shopping di ikea atau cari dress baru dan pelbagai lagi aktiviti menarik boleh buat.

Foto – Bustle

Anda sentiasa merasa rendah diri dan kurang motivasi dalam hidup

Anda selalu merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Anda tidak dapat elak daripada berfikir walhal ia tidak benar sama sekali. Anda telah kehilangan keyakinan dan hidup, malah tidak ada yang dapat mendorong anda untuk terus maju. Ingat, percaya dan yakin pada diri sendiri. Jika keadaan tidak berjalan dengan baik seperti yang diinginkan, jangan cepat kecundang. Fikir positif dan usaha lagi!

Anda tidak boleh tidur

Malam lebih sukar daripada biasa. Anda tidak dapat tidur dengan baik tidak kira betapa penat. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh tekanan yang anda alami. Jadi, tidur malam yang cukup sangat penting untuk minda dan badan. Pastikan anda mempunyai pemikiran positif sebelum tidur, segala anasir jahat dan negatif dibuang jauh. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur yang betul untuk mental dan fizikal.

Foto – Hello Magazine

Anda rasa mual dan lesu

Rasa letih, mual dan pening adalah tanda-tanda anda memerlukan rehat dan ia harus menjadi keutamaan. Perkara ini berlaku kerana anda begitu tertekan dan tubuh anda sudah tidak dapat mengawalnya.

Anda kerap mengalami anxiety yang melampau

Anda bimbang tanpa sebab. Anda rasa cemas pada perkara yang kecil. Ya, memang menyakitkan tapi jangan biarkan fikiran negatif menguasai diri dan memberi anda masalah yang lagi besar.

IKLAN
Foto – Tumblr

Anda tiada lagi rasa empati

Apa maksud empati yang sebenarnya? Empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain. Jadi, di sini anda tidak rasa perlu bergantung harap dengan sesiapa. Tidak ada apa yang memberi kesan kepada anda sama ada baik atau buruk, anda rasa kosong sahaja. Anda mempunyai fizikal yang sempurna tanpa sebarang emosi, bagaikan robot.

Anda menangis tanpa sebab

Anda rasa ingin menangis.. terjadi pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan yang jelas. Kenapa? Ini kerana kesakitan yang ada dalam diri anda. Anda terlalu letih untuk menanggung bahkan meneruskan kehidupan lagi.

Foto – Pinterest

Sebaiknya berikan masa untuk diri berehat dan lakukan perkara yang anda suka dan gembira. Be positive! Sayangi dirimu!