Tips - Kecantikan

No Wonder Cantik Semacam, Halsey Dedah 5 Petua Kulit Bersih

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
No Wonder Cantik Semacam, Halsey Dedah 5 Petua Kulit Bersih

Serius Cantik! Itulah kata-kata yang penulis ungkapkan setiap kali stalk Halsey di Instagram.

IKLAN

Semenjak menjadi pasangan duet untuk lagu “Boy with luv” bersama superstar BTS, penulis makin crush dengan Halsey. Selain koleksi lagunya catchy berserta suara sedap di halwa telinga (sekarang suka dengar lagu Graveyard), kecantikan semulajadi penyanyi 24 tahun ini cukup mencuri tumpuan. Lihat sahaja wajahnya tanpa mekap… OMG why so gorgeous!

View this post on Instagram

🌸🙂💞

A post shared by halsey (@iamhalsey) on

Sering bertukar stail dan warna rambut – merah jambu ke biru, sama ada panjang ke pendek, Halsey seorang wanita yang fun dan sukakan eksperimen.

Kerjaya sebagai penyanyi memerlukan dia memakai mekap yang tebal sehingga memberi reaksi negatif terhadap kulit wajah. Seiring dengan usia, kulit juga semakin sensitif dan Halsey menjelaskan dia sangat menitik berat skincare yang diguna. Tidak lokek, Halsey turut berkongsi beberapa remedi tradisional yang dipercayai bagus untuk kulitnya.

IKLAN

Nah… ini dia!

Minyak Tea Tree

Siapa yang kulit berjerawat, tea tree boleh merawatnya. Sejak berkurun lamanya, ramai orang telah menikmati keberkesanan minyak tea tree untuk amalan kecantikan serta kesihatan. Terutamanya untuk mengecutkan jerawat serta menghilangkan parutnya dengan kadar segera.

Lagi satu, jika anda binggung kerana jerawat anda belum masak dan pecah setelah sekian lama. Anda boleh tuam minyak tea tree menggunakan bebola kapas beberapa kali sehari pada jerawat tersebut.

Baca : 13 Kegunaan Minyak Tea Tree Yang Menghasilkan Kesan Terbaik Untuk Kesihatan & Kecantikan

Cuka Epal

Toner penting untuk mengimbangkan tahap pH kulit. Jika tidak seimbang, jerawat akan naik ke muka. Jadi, kandungan cuka epal yang miliki beta karoten dan berasid bagus untuk seimbangkan kulit, sekaligus mematikan kuman bakteria. Cara Halsey menghilangkan segala kotoran dengan menjadikan cuka epal sebagai toner.

View this post on Instagram

brat®️

A post shared by halsey (@iamhalsey) on

Minyak Kelapa

Salah satu manfaat minyak kelapa untuk wajah cantik ialah melembapkan kulit secara semulajadi. Minyak kelapa akan menghidrasi kulit wajah sehingga sehingga boleh dijadikan pengganti pelembap malam yang baik. 

Penggunaan minyak kelapa sangat mudah. Tuangkan minyak kelapa sebanyak dua sudu makan ke dalam bekas kecil dan sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit sehingga wajah betul-betul kering dan lembap. 

Teh Hijau

Kata Halsey, dia menghilangkan kemerahan di wajah dengan teh hijau akibat tekanan. Teh hijau dikatakan mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Bahkan kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.

Kopi

Untuk pengelupasan, Halsey percaya dengan khasiat yang diberikan pada biji kopi. Dilaporkan masker kopi dapat mengecilkan pori di wajah, melembut dan menghalus, wajah menjadi lembap dan seri untuk wajah kusam serta pelbagai lagi khasiat lain.

View this post on Instagram

tie-dye tide pod tadpole baby.

A post shared by halsey (@iamhalsey) on

Cantik sangat Halsey ni, dengan freckles lagi…