Dekorasi

Bilik Sempit Tak Ada Ruang, Guna Je Konsep “Open Wardrobe”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bilik Sempit Tak Ada Ruang, Guna Je Konsep “Open Wardrobe”

Almari terbuka atau almari bertutup? Yang mana pilihan anda?

IKLAN

Jika anda menginap dalam kediaman yang kecil dengan ruang yang terhad, ditambah pula bilik tidur yang sempit, konsep open wardrobe patut dipertimbangkan.

Tahukah almari terbuka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari bertutup. Paling jelas, ia menjimatkan ruang, menjadikan ruang bilik kelihatan lebih luas, memudahkan untuk mengambil dan memilih pakaian.

Namun jika tidak kena degan caranya, open wardrobe boleh menyusahkan jika anda jenis yang mahu meletakkan kesemua pakaian walaupun yang tidak digunakan. Keadaan itu boleh menyebabkan semak dan bersepah… jadi open wardrobe penting untuk sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Bagaimana caranya? Tiru sahaja tips di bawah…

#1 Pilih Jenis Rak

Tentukan jenis sistem penstoran yang anda suka – sama ada rak bergerak atau rak yang dibina mengikut kesesuaian ruang bilik.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

#2 Koordinasi Pakaian

Caranya dengan meletakkan koleksi pakaian yang merupakan stail dan gaya anda, bukannya yang langsung tidak digunakan. Seleksi mix and match juga disyorkan agar koleksi pakaian anda pelbagai dan tidak terhad.

Foto – Pinterest

Anda boleh juga praktikkan koordinasi pakaian mengikut warna agar lebih terperinci – yang terang, pastel, hitam putih dan sebagainya mengikut kreativiti.

Foto – Pinterest

#3 Sembunyi & Paparkan Beberapa

Kunci untuk membuat open wardrobe kelihatan lebih menarik dan pada masa yang sama kemas adalah dengan mengehadkan ruang almari.

IKLAN
Foto – Pinterest

Sebagai contoh, beberapa koleksi beg tangan, aksesori boleh dipaparkan – yang anda kerap guna, dan selebihanya boleh disimpan dalam kotak atau storage. Begitu juga dengan kasut – display yang anda kerap pakai, selebihnya simpan dalam kotak agar terlihat kemas.

Foto – Pinterest

#4 Pastikan Sentiasa Nampak Terang

Sama ada wardrobe anda besar atau kecil, pastikan ia sentiasa nampak terang. Sama ada dengan cahaya semulajadi, pencahayaan lampu atau latar belakang yang berwarna lembut, open wardrobe boleh membuatkan ruang sempit berubah menjadi luas.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Untuk nampak menarik, selitkan sekali tanaman hidup dan cermin panjang untuk nampak ilusi luas yang menyenangkan mata.

Baca : Lupakan Meja Solek, Ganti Dengan Cermin Panjang Untuk Cipta Dimensi Baru

Selamat Beramal!