Kecantikan

Produk Baru Kiehl’s Guna Avocado Sebagai Bahan Utama Masker… Sumpah Best!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Produk Baru Kiehl’s Guna Avocado Sebagai Bahan Utama Masker… Sumpah Best!

Tahukah kamu aktres hebat Lupita Nyong’o menggunakan avocado untuk rawatan tubuh badan, mulai badan, wajah sehingga ke rambut. Kata Lupita, sifat avocado yang mempunyai pelbagai khasiat menjadikan superfood ini cukup luar biasa.

IKLAN

Baca : Inilah Yang Akan Terjadi Jika Anda Makan Avocado Setiap Hari!

Baik untuk penjagaan kulit, anti-penuaan, kesihatan mata, sumber vitamin, rawatan rambut, tidak hairanlah banyak jenama kosmetik sekarang menggunakan avocado sebagai bahan utama untuk produk mereka.

Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask

Jenama penjagaan wajah Kiehl’s tampil dengan produk baharu yang menarik dan luar biasa hebatnya. Diilhamkan oleh buah avocado, masker wajah “Avocado Nourishing Hydration Mask” berfungsi untuk menghidrat, memberi kelembutan, kesegaran dan kelembapan pada kulit wajah.

Foto – Arkib Wanista

Bahan Utama Dalam Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask

Ekstrak Buah Avocado

Kiehl’s menggunakan ekstra buah avocado daripada pulpa buah yang ditanam di Amerika Syarikat. Komponen ekstrak membantu memainkan peranan dalam formula untuk menyokong proses penghidratan semulajadi kulit serta mengunci kelembapan pada permukaan kulit untuk lebih sihat dari semasa ke semasa. Ekstrak diperolehi dengan mengisar buah, diikuti dengan sistem penapisan yang canggih dan akhirnya, menggabungkannya dengan Squalane yang berasal dari zaitun.

Minyak Avocado

Minyak avocado yang ditekan dan ditapis Kiehl’s diperolehi dari Itali dan Sepanyol. Bahan berkhasiat ini kaya dengan sumber asid lemak tak tepu, termasuk campuran omega (minyak ikan) yang mampu menghidratkan kulit. Minyak avocado juga membantu dalam meningkatkan fungsi penghalang kulit.

Foto – Arkib Wanista

Minyak Evening Primrose

IKLAN

Merupakan tumbuhan yang unik serta menarik. Minyak evening primrose lazimnya digunakan dalam pemakanan tambahan dan kosmetik. Bahan aktif yang terdapat dalam Minyak evening primrose adalah asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik. Minyak evening primrose digunakan untuk melegakan ekzema (keadaan di mana kulit mengalami keradangan, menjadi gatal atau bersisik akibat alergi atau iritasi lain). Minyak evening primrose dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit apabila ia disapukan pada kulit. Bahkan untuk produk, ia membantu memainkan peranan dalam formula untuk meningkatkan kualiti kulit.

Tekstur Avocado Nourishing Hydration Mask

Bila diaplikasi, ia mempunyai tekstur yang sangat pekat dan kaya dengan avocado. Ia bagaikana buah avocado yang dilenyek. Mengeluarkan aroma avocado, membuatkan anda rasa seperti ingin makan.

Foto – Arkib Wanista

Cara Nak Pakai

Langkah 1 – Ambil dalam jumlah yang anda inginkan.

Langkah 2 – Hangatkan di antara jari.

Langkah 3 – Aplikasi ke kulit dalam gerakan menaik untuk membuat lapisan tebal.

Langkah 4 – Biarkan selama 15 minit.

Langkah 5 – Bilas dalam gerakan membulat.

Langkah 6 – Keringkan wajah.

Sesudahnya, kulit terasa ringan dan lembap sahaja. Anda boleh mendapatkan masker ini di semua butik Kiehl’s dengan harga RM190 (100g) dan RM77 (25g).

Selamat Beramal!