Keinginan untuk kekal cantik adalah lumrah bagi manusia, siapa yang tidak mahu kulit wajah menjadi licin berkilat tanpa sebarang parut berlubang. Selain itu, rawatan kecantikan wajah yang semakin canggih dan berteknologi tinggi di dunia kian mendapat tempat dan semakin popular di kalangan pencinta kecantikan.
Menyentuh soal kecantikan, lihat saja kulit wajah Safiey Ilias yang licin tanpa sebarang parut, membuatkan para wanita cemburu! Mendapatkan kulit yang licin berseri tanpa sebarang parut merupakan impian dan idaman bagi setiap wanita.
Ramai yang bertanya bagaimana kulit wajah Safiey Ilias tampak licin dan tiada parut langsung sehingga dicemburui ramai. Kaedah rawatan muka yang dilakukan oleh Safiey Ilias untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa parut berlubang adalah suntikan elektronik Infini RF dan laser CO2.
Patutlah licin je muka Safiey Ilias ni, rupanya ini rawatan yang dilakukan!
Kulit Tegang Dengan Suntikan Elektronik Infini RF
Rawatan muka yang dilakukan oleh Safiey Ilias menampilkan rawatan muka dengan suntikan jarum elektronik Infini RF. Suntikan elektronik ini menggunakan mesin Infini RF yang di hasilkan oleh syarikat pengeluar laser terkenal dari Korea iaitu Lutronic. Mesin ini bukan sahaja terkenal di Korea malah ia juga mendapat tempat di negara-negara luar bagi menawarkan perkhidmatan terbaik dalam dunia kecantikan.
Untuk pengetahuan anda, jarum elektronik yang digunakan akan menghasilkan tenaga RF (radio frequency) pada hujung jarum, di mana tenaga ini akan merangsangkan kolagen dari dalam kulit wajah pesakit dengan berkesan dan pantas.
Menerusi suntikan ini juga ia dapat menegangkan kulit wajah, memutihkan, menghilangkan bekas-bekas parut dan sekaligus menjadikan kulit wajah berseri. Malah kesannya juga sangat pantas!
Rawatan Laser CO2 Hilangkan Parut Berlubang Dengan Mudah!
Selepas melakukan suntikan elektronik Infini RF, wajah Safiey Ilias di teruskan pula dengan rawatan laser C02! Rawatan laser C02 ini merawat parut jerawat, parut trauma dan juga parut chicken pox yang terdapat pada wajah.
Menariknya dengan rawatan laser ini bagus untuk rejuvenasi kulit dan meningkatkan garis-garis halus pada wajah. Apabila menjalani rawatan ini, kadar penyembuhan yang diperuntukan adalah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari dan rawatan ini juga agak menyakitkan dan ianya juga mempunyai jenis-jenis rawatan mengikut masalah kulit yang anda hadapi.
Tips Penting!
#1 Dapatkan Rawatan Dari Doktor Bertauliah
Dapatkan rawatan daripada dokotr yang bertauliah dan pakar dalam memberi perkhidmatan rawatan muka dan periksa lesen yang di keluarkan adalah sah.
#2 Lihat Bukti Pengesahan
Semasa anda membuat pemeriksaan tempat rawatan, lihat bukti pengesahan yang di ikhtiraf oleh badan-badan profesional agar anda berasa selamat untuk menjalani rawatan di situ.
#3 Baca Review
Jika anda berasa tidak yakin terhadap rawatan yang ingin dilakukan, baca review atau komen-komen pesakit yang pernah menjalani rawatan muka ini.
#4 Pilih Hospital Pakar
Pilih hospital atau klinik pakar yang benar-benar fokus memberi perkhidmatan rawatan wajah. Kerana hospital atau klinik pakar memiliki kemahiran yang tinggi di dalam perkhidmatan yang di tawarkan kepada pesakit.
Bagi yang ingin mendapatkan kulit licin tanpa sebarang parut anda mungkin boleh mencuba menjalani rawatan yang di lakukan seperti Safiey Ilias. Apa yang penting anda harus mencari hospital pakar yang betul-betul memfokuskan perkhidmatan rawatan muka dengan sijil yang di ikhtiraf dan juga doktor yang bertauliah.
Selamat mencuba!