Cinta & Perhubungan

Bercinta Dengan Perempuan Capricorn, Lelaki Sila Beri Perhatian 6 Perkara

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bercinta Dengan Perempuan Capricorn, Lelaki Sila Beri Perhatian 6 Perkara

Mereka yang lahir di bawah simbol kambing tidak tahu makna “chill”, “relax”.

IKLAN

Untuk Capricorn, kerja adalah pilihan gaya hidup mereka, yakni boleh membuatkan percintaan satu cabaran besar. Individu yang tarikh lahirnya jatuh antara 22 Disember hingga 20 Januari cenderung untuk serius dan langsung tidak mempunyai sikap humor.

Foto – Tumblr

Apabila anda ingin menakluki hati si Capricorn, mungkin anda akan menghadapi pelbagai halangan kerana mereka bersikap independent dan sukar. Capricorn sering disebut sebagai salah satu zodiak yang paling subar uituk didekati. Keperibadian mereka yang tertutup dan serius membuatkan mereka suka menyendiri, adakalanya sombong, kritikal, laser dan old fashion bahkan mementingkan diri juga.

Kate Middleton dilahirkan pada 9 Januari 1982. Foto – People

Jika anda kaum lelaki bertemu dengan perempuan Capricorn, bersiap sedialah menghadapi kerenah si dia..

Beri Perhatian

Perkara yang paling asas yang wajib anda tahu adalah dengan memberi sepenuh perhatian padanya. Cara ini sangat berkesan untuk mengambil hatinya. Tapi bukan sahaja si Capricorn, perempuan dengan zodiak lain juga suka diberikan perhatian asal tidak mengganggu kerjaya mereka.

Berikan Kejutan

Mereka sangat sukakan kejutan, terutamanya jika kejutan yang berbeza daripada biasa, mungkin juga yang tak pernah terlintas di fikirannya. Oleh itu, jadilah sekreatif mungkin untuk mengambil hatinya tapi jangan berlebihan pula takut dia tak berkenan pula.

Pereka fesyen Diane von Fürstenberg lahir pada 31 Disember 1946. Foto – Wiki

Jadilah Lelaki Yang Bertanggungjawab

Wanita Capricorn adalah wanita yang bertanggungjawab. Oleh itu, untuk mengimbangi wataknya, anda juga mesti menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Ini sangat penting kerana mereka menghargai tanggungjawab seseorang sebagai komitmen dan kesetiaan.

Jangan Kritik

Si Capricorn sangat suka apa yang dilakukan. Jadi apabila se seorang mengkritik perkara yang dia lakukan, dia mungkin tidak menyukainya. Tetapi kerana Capricorn adalah seorang wanita yang bijak, anda boleh mengkritiknya selagi dengan alasan dan matlamat yang jelas.

Blackpink Jisoo dilahirkan pada 3 Januari 1995. Foto – Kpopmap

Penampilan Yang Menarik

Perhatikan penampilan dan jadilah menarik. Wanita yang bercita-cita tinggi, terutamanya mereka yang pentingkan kesempurnaan cenderung untuk menyukai lelaki dengan ketrampilan yang sedap mata memandang, yang tidak selekeh dan bersih sentiasa. Di samping itu, penampilan yang menarik juga melambangkan martabat dan harga diri, dan wanita Capricorn menyukainya.

IKLAN

Jadilah Penyabar

Capricorn umumnya keras kepala dan kaku. Mereka percaya apa yang mereka katakan atau lakukan adalah benar. Mereka juga jarang mengubah sudut pandangan atau perspektif terhadap sesuatu, jika A maka A.. bukan Z, O dan sebagainya. Jadi si lelaki cubalah jadi penyabar dan menerima personaliti mereka seadanya. Tegur secara baik, dia pasti akan menerima dan memperbaiki.

Tarikh lahir AOA Seolhyun jatuh pada 3 Januari 1995. Foto – Soompi

Walaupun adakalanya mereka cepat moody dan pemarah, tapi ingatlah mereka sangat setia bila berjumpa dengan lelaki yang tepat. Jadi selamat beramat dan semoga hubungan kamu baik-baik!