Kecantikan

Alamak Face Oil Ni Nak Kena Pakai Time Bila Eh?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Alamak Face Oil Ni Nak Kena Pakai Time Bila Eh?

Ala, face oil ni baje je beli tapi lupa nak tanya pembantu kedai tadi masa bila patut pakai face oil. Eh, face oil ni ada banyak variasilah nak belilah tapi apa pula manfaat kalau pakai face oil ni? Oh ya lah, face oil yang bulan lepas beli tu ada lagi tak guna tapi risau face oil tu tak sesuai dengan kulit wajah. Nak pakai ke tak eh?

IKLAN

Persoalan-persoalan sedemikian sering berlaku kepada wanita, dek kerana rambang mata melihat produk di drug store atau farmasi, terus saja mengambil keputusan untuk membelinya dahulu tanpa bertanya kepada jurujual tentang fungsi, kegunaan dan keberkesanan produk terhadap kulit. Ada pula yang telah bertanya serba serbi tentang produk tersebut tetapi khuatir akan kesannya terhadap kulit dan pelbagai kemusykilan lain yang melanda diri.

Kali ini produk face oil menjadi fokus utama Wanista dalam memberi pencerahan tentang produk dari segi fungsi, keberkesanan, dan tips-tips penggunaan face oil mengikut jenis masalah kulit wanita Malaysia.

Fungsi Face Oil Umpama Satria Berperisai!

Dengan menggunakan face oil pada wajah, ia bertindak umpama satria berperisai dan menghalang dan mencegah kulit wajah daripada iritasi, kulit kering, bintik hitam, kedutan dan masalah wajah yang lain.

#1 Kulit Kekal Lembap

Foto – vichy.ie

Dengan memakai face oil ini, kulit anda akan kekal lembap dan sihat. Selain membekalkan kulit sentiasa lembap, ia juga dapat meredakan iritasi jerawat, masalah kulit kering, kulit bersisik dan juga kemerahan. Oleh itu penggunaan face oil pada wajah umpama memakai perisai dan dibentengi dengan perlindungan dan penjagaan dari dalam.

#2 Mencegah Masalah Kulit Berkedut

Foto – Live Well Club

Face oil juga berfungsi dengan mencegah masalah kedutan pada kulit wajah. Ini kerana di dalam face oil memiliki bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan memiliki campuran antioksidan di dalamnya. Tambahan lagi, face oil ini juga dapat mencegah masalah bintik hitam dan tanda-tanda penuaan yang sering di hadapi oleh wanita di Malaysia.

#3 Melegakan Masalah Iritasi Kulit

Foto – Bepanthen

Bagi yang tak tahu, face oil ini juga berfungsi melegakan kulit dari masalah iritasi yang dihadapi. Apa yang penting anda mengetahui jenis face oil yang sesuai pada kulit dan ia akan berfungsi melegakan iritasi, masalah kemerahan kerana jerawata dan masalah keradangan pada kulit wajah anda.

Eh, Masa Bila Nak Pakai Face Oil Ni?

Sebelum Atau Selepas Memakai Pelembap Muka

Sebenarnya cara pemakaian face oil ini rumit pun, tidak kira anda nak pakai face oil ni sebelum pakai pelembap muka atau selepas memakai pelembap muka ianya terpulang kepada anda. Tiada larangan atau aturan yang ketat tentang cara atau aturan pemakaian face oil pada wajah anda.

Foto – South China Morning Post

Meskipun begitu, terdapat juga face oil yang berada di pasaran kini mempunyai aturan dan arahan yang tersendiri. Oleh itu, ianya bergantung kepada jenis produk face oil yang anda gunakan dan ikuti arahan dan aturan yang telah disediakan agar kulit wajah anda dapat menyerap segala kebaikan di dalam wajah dengan berkesan.

IKLAN

Gunakan Face Oil Mengikut Jenis Kulit Wajah!

#1 Kulit Kering

Foto – Livelymoo (Minyak Squalane daripada buah Squalane)

Bagi yang memiliki jenis kulit kering, ia memerlukan kelembapan bagi mencegah masalah kulit mengelupas, kering dan bersisik. Oleh itu, minyak muka yang bagus untuk mengekalkan kelembapan wajah dan membekalkan kulit wajah anda kekal terhidrasi adalah dengan menggunakan minyak muka jenis ini:

  • Minyak Marula
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Squalane

#2 Kulit Normal

Foto – bloomingyourlifestyle.com (Minyak Marula daripada buah Marula)

Bagi yang memiliki kulit normal, anda bertuah kerana tidak mengalami pelbagai masalah remeh seperti masalah kulit yang lain. Untuk kulit jenis normal, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih jenis minyak muka yang betul dan sesuai agar kulit anda kekal sihat dan tidak terlalu berminyak. Dengan penggunaan minyak muka yang betul ia juga dapat bertindak mencerahkan kulit. Antara minyak muka yang sesuai untuk digunakan pada kulit jenis normal adalah seperti:

  • Minyak Jojoba
  • Minyak Squalane
  • Minyak Marula

#3 Kulit Berjerawat

Foto – The Body Shop (Minyak Tea Tree daripada pokok Teh)

Anda memiliki kulit jenis berjerawat? Masalah kulit berjerawat sering menghantui para wanita dalam mencari minyak muka yang sesuai. Ya lah, muka sudah cukup berminyak tak kan nak tambah lagi minyak pada muka kan? Anda tidak perlu risau kerana terdapat minyak wajah yangs sesuai dan sekaligus dapat mengimbangi minyak yang terkandung dalam wajah anda dengan menggunakan minyak muka daripada:

  • Minyak Jojoba
  • Minyak Squalane
  • Minyak Tea Tree

#4 Kulit Berminyak

Foto – Dr. Weil (Minyak Sea Buckthorn daripada buah Sea Buckthorn)

Ee, kulit berminyaklah stress betul! Muka dah berminyak macam ni, boleh ke pakai face oil? Jawapannya boleh! Apa yang penting anda menggunakan produk face oil yang mampu mengawal sebum dan minyak yang terdapat dalam kulit wajah anda. Untuk menggunakan face oil yang dapat mengawal dua masalah utama ini adalah dengan penggunaan face oil daripada:

  • Minyak Jojoba
  • Minyak Tea Tree
  • Minyak Marula
  • Minyak Squalane
  • Minyak Argan
  • Minyak Sea Buckthorn
  • Minyak Kukui (Minyak Buah Keras)
  • Minyak Rosehip

#5 Kulit Kombinasi

Foto – trueessenceusa.com (Minyak Argan daripada buah Argan)

Bagi yang memiliki kulit jenis kombinasi atau campuran, seelok-eloknya menggunakan minyak muka yang bertindak sebagai anti-bakteria. Jenis kulit kombinasi juga bukan mudah untuk mencari minyak muka yang sesuai kerana faktor sensitiviti kulit wajah memainkan faktor utama. Antara minyak-minyak yang bagus untuk kulit jenis kombinasi ini adalah:

  • Minyak Marula
  • Minyak Argan

#6 Kulit Penuaan

Foto – madeof.com (Minyak Raspberi daripada buah Raspberi)

Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami tanda-tanda penuaan di mana kulit wajah mula berkedut. Bagi mengembalikan keremajaan kulit wajah, penggunaan minyak muka dapat memainkan peranan dalam membantu membekalkan keremajaan pada kulit wajah. Antara minyak muka yang sesuai untuk digunakan pada kulit penuaan adalah seperti:

  • Minyak Argan
  • Minyak Ros
  • Minyak Bunga Matahari
  • Minyak Sweet Almond
  • Minyak Raspberi

Kulit wajah memerlukan 70% air dan 30% minyak untuk mengekalkan keseimbangan dan kekal sihat. Dengan penggunaan pelembap muka dan face oil ia dapat membantu melindungi kulit wajah daripada radikal bebas, sinaran matahari dan persekitaran yang bertoksin.

Oleh itu ambil peduli terdapat penjagaan kulit wajah dan gunakan produk-produk penjagaan wajah yang betul. Di harap pencerahan yang dikongsikan hari ini memberi manfaat kepada anda semua!