Dekorasi

Pokok Hiasan Yang Sesuai Ditanam Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pokok Hiasan Yang Sesuai Ditanam Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu

Sekarang beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura telah dilanda jerebu.

IKLAN

Tahukah anda, jerebu adalah debu dan asap zarah yang berkumpul di udara yang agak kering di mana zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera yang akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Kandungan udara dalam jerebu juga merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.

Foto – Business Insider

Zarah asap dan debu yang dibawa udara ini sebenarnya memasuki ruang rumah kita yang tidak tertutup rapat, jadi kita tetap akan menghidunya walaupun berada di dalam rumah.

Jadi, bagaimana untuk mengatasinya?

Satu langkah yang terbaik adalah meletakkan penapis udara semula jadi di dalam rumah kita, penapis semula jadi yang dimaksudkan itu adalah hanya dengan menanam pokok hiasan yang  sudah dibuktikan berfungsi sebagai pokok-pokok penapis udara semula jadi yang amat hebat.

Selain menapis udara, ia juga sudah pasti mencantikkan ruang rumah atau ruang pejabat yang menjadikan pokok-pokok ini cukup berguna selain boleh menggantikan air purifier yang sudah pasti harganya beribu-ribu ringgit untuk dibeli.

Berikut adalah pokok-pokok hiasan yang merupakan penapis udara yang efisyen untuk ditanam di dalam ruang rumah atau pejabat.

Aloe Vera

Foto – Amazon

Cornstalk Dracaena

Foto – Amazon

English Ivy

Foto – Amazon

Flamingo Lily

Foto – Pinterest

Gerbera Daisy

Foto – Pinterest

Peace Lily

Foto – Amazon

Warneck Dracaena

Foto – Amazon

Semoga anda semua menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka.

IKLAN