Kecantikan

Kekal Harum Dengan 7 Jenama Minyak Wangi Hanya Di AMARIS!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Kekal Harum Dengan 7 Jenama Minyak Wangi Hanya Di AMARIS!

AMARIS merupakan outlet mewah yang menghimpunkan tujuh jenama minyak wangi terkenal di bawah satu bumbung. AMARIS kini telah mula beroperasi di 1 Utama Shopping Gallery yang terletak di ground floor, Isetan.

IKLAN
Foto – AMARIS

AMARIS menampilkan koleksi minyak wangi yang eksklusif seperti BDK Parfums, Molinard, Miller Harris, Compagnie de Provence, Hstoires de Parfums, Maison Micallef, dan State of Mind. Minyak wangi ini menawarkan aroma wangian yang cukup memikat dengan sentuhan daripada bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tinggi dari seluruh negara!

BDK Parfums

Foto – BDK Parfums RM675.00 (EDP 100ml)

Minyak wangi BDK Parfums menampilkan aroma kreatif dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. Jenama ini telah diasaskan oleh David Benedek yang membesar dalam industri minyak wangi secara turun-temurun daripada datuk dan neneknya yang merupakan diantara yang terawal mendapat pengikhtirafan melancarkan jenama minyak wangi seperti Worth dan Christian Dior in Paris pada tahun 1950an! Minyak wangi BDK Parfums ini di jual pada harga RM675.00 untuk botol berisi EDP 100ml.

Molinard

Foto – Molinard RM315.00 (EDP 75ml)

Minyak wangi Molinard pula menampilkan aroma semangat yang bebas dan jitu. Penghasilan minyak wangi ini di hasilkan dengan penuh ketelitian dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi daripada Grasse dan juga seluruh dunia. Minyak wangi ini telah dibangunkan pada tahun 1849 dan perniagaan minyak wangi Molinard ini telah di waris oleh lima generasi! Minyak wangi Molinard memiliki kandungan sebanyak EDP 75ml yang di jual pada harga RM315.00.

Miller Harris

Foto – Miller Harris (RM419.00, EDP 50ml dan RM587.00, EDP 100ml)

Minyak wangi jenama Miller Harris ini mendapat inspirasi daripada kisah-kisah urban dan gaya hidup di kota London yang berkonsepkan kontemporari ini memberikan aroma haruman yang kreatif, unik dan menggunakan bahan-bahan daripada sumber semula jadi. Minyak wangi Miller Harris ini di datangi dengan dua variasi yaitu EDP 50ml yang di jual pada harga RM419.00 dan EDP 100ml yang di jual pada harga RM587.00.

Histoires de Parfums – Blue

Foto – Histoires de Parfums (RM426.00, EDP 60ml dan RM141.00, EDP 15ml)

Histoires de Parfums atau HDP ini merupakan koleksi ciptaan daripada Gerald Chislain. Minyak wangi yang di keluarkan pada tahun 2000 ini menampilkan aroma klasik dengan sentuhan sensual yang mendalam. Tambahan lagi, minyak wangi ini memberi haruman yang tahan lama kepada si pemakainya! Minyak wangi Histoires de Parfums di datangi dalam dua jenis variasi iaitu EDP 15ml yang di jual pada harga RM141.00 dan EDP 60ml di jual pada harga RM426.00.

State Of Mind

Foto – State of Mind RM1,041.00 (EDP 100ml)

Minyak wangi State of Mind ini di lancarkan pada tahun 2019 oleh Catherine Laskine-Balandina. Ia menampilkan konsep timeless yang terdapat dalam upacara teh yang kemudian diabadikan menerusi seni pembuatan minyak wangi ini. Menerusi State of Mind, aroma haruman teh yang segar memberikan tenaga yang luar biasa dan meningkatkan kesegaran dalaman. Minyak wangi State of Mind ini di datangi dalam botol berisi EDP 100ml yang di jual pada harga RM1,041.00.

Compagnie De Provence

Foto – CDP (Mandian)

Compagnie De Provence atau CDP ini di hasilkan menerusi inspirasi daripada seni pembuatan sabun! CDP mengekalkan keasliannya dengan penggunaan minyak daripada sayur-sayuran dan tanpa sebarang pewarna tiruan. Produk daripada CDP ini memiliki rangkaian seperti krim badan, krim tangan, sabun dan juga wangian. Dan 98% produk ini menggunakan bahan-bahan semula jadi. Bagi produk Compagnie De Provence (CDP) ini ia di jual dalam rangkaian harga bermula RM24 sehinggalah RM104.

Maison Micallef

Foto – Maison Micallef (RM1,059.00 EDP 100ml, RM765.00 EDP 75ml dan RM519.00 EDP 30ml)

Maison Micallef merupakan jenama minyak wangi mewah yang di kenali di dunia. Maison Micallef ini telah dibangunkan pada tahun 1996. Aroma asli dan mewah ini di hasilkan oleh Geoffrey Nejman yang merupakan seorang ahli perniagaan dengan mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia minyak wangi dan bersama Jean Claude Astier yang mendapat jolokan “nose” dalam menghasilkan aroma mewah dan unik.

IKLAN

Manakala Martine Micallef pula tampil dengan rekaan kraf artistik pada botol minyak wangi yang di keluarkannya. Minyak wangi Maison Micallef ini hadir dengan tiga jenis variasi yaitu EDP 100ml yang di jual pada harga RM1,059.00. Manakala EDP 75ml di jual pada harga RM765.00 dan yang terakhir, EDP 30ml di jual pada harga RM519.00.

Foto – AMARIS

Dengan kehadiran AMARIS sebagai rumah yang menghimpunkan tujuh minyak wangi jenama mewah ini, ia pasti akan membuatkan peminat minyak wangi untuk tidak melepaskan peluang untuk menjengah ke outlet AMARIS yang terletak di dalam Isetan 1 Utama Shopping Gallery dan juga di KLCC.