Info Menarik

Siapa Sangka 5 Penyanyi Derita Anxiety Disorder Hingga Jejas Kesihatan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Siapa Sangka 5 Penyanyi Derita Anxiety Disorder Hingga Jejas Kesihatan

Anxiety atau rasa risau atau kebimbangan adalah respon semulajadi pada tubuh badan ketika berlakunya tekanan. Ia adalah rasa takut dan bimbang tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya melibatkan situasi atau perkara sekeliling yang hanya menunggu waktu atau keputusan.

IKLAN

Jangan terkejut apabila ramai dikalangan orang muda kini paling tinggi mengalami kerisauan melampau sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

Foto – Medium

Baca : Ni Cara Nak Bantu Orang Yang Ada Masalah ‘Anxiety’

Individu yang terlibat dalam sektor kreatif dan atlet sering berada di bawah tekanan yang melampau untuk menghasilkan kerja berkaliber. Bayangkan perjanjian demi perjanjian, deadlines, mesyuarat dengan label rekod, agensi serta pelbagai lagi. Ditambah lagi dengan jadual yang tidak menentu – jemputan ke event, tuntutan tour yang memerlukan mereka terbang ke negara lain, berlatih berjam-jam lamanya, perjumpaan peminat yang melelahkan, shooting dari siang ke malam – jadi tidak hairan kebimbangan melampau biasa berlaku dikalangan golongan ini.

Selebriti berikut hidup dengan mengalami kebimbangan melampau yang menjejaskan kesihatan dan karier.

Twice Mina

Salah seorang ahli kumpulan Twice mengejutkan peminat apabila tidak turut serta dalam konsert tour baru-baru ini kerana mengalami kebimbangan melampau. Keadaan Mina terjejas teruk sehingga dia diharuskan mendapat rawatan dan kegiatan seni tergendala seketika.

Foto – Kpopmap

Zayn Malik

Sejak berada bersama One Direction, Zayn sudah mengalami tekanan yang melampau tetapi berjaya diatasi dengan bantuan profesional. Keadaan makin mengharukan sejak bergerak solo, Zayn tidak dapat mengawal anxiety sehingga tidak muncul di khalayak dan membatalkan tour.

Foto – The Independent

Justin Bieber

Dunia mengetahui anak muda yang sudah berkahwin ini agak terbuka menjelaskan keadaan diri. Expose kepada dunia glamor di usia muda, tidak hairan Justin jatuh bangun dengan perubahan sikap, membatalkan tour, dan bermacam lagi episod hitam. Kini, Justin berada dalam proses terapi dan rawatan untuk membolehkan dirinya bekerja seperti sedia kala.

Foto – Vanity Fair

Ariana Grande

Berikutan kejadian pengeboman di konsert Manchester Arena pada Mei 2017, penyanyi genit mengalami gejala gangguan tekanan pasca trauma (PTSD). Keadaan yang teruk memaksa Ariana melepaskan persembahan di beberapa event serta membatalkan konsert tour.

IKLAN
Foto – Getty

Selena Gomez

Pada tahun 2016, bintang pop kesayangan ramai Selena Gomez berehat dari dunia seni kerana serangan panik, kemurungan dan kebimbangan yang berkaitan penyakit lupusnya. Kerjaya Selena turun naik dengan keluar masuk pusat pemulihan membuat terapi, rawatan dan sebagainya. Kini, Selena dalam proses untuk mempersiapkan diri bagi mengeluarkan muzik baru.

Foto – Teen Vogue

Walaubagaimanapun dengan bantuan profesional, penyanyi ini tidak hanya dapat mengatasi kebimbangan mereka tetapi juga terus berkembang dalam kerjaya mereka.