Cinta & Perhubungan

Blind Date Terlalu Konservatif & Dah Lapuk, Betul Ke?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Blind Date Terlalu Konservatif & Dah Lapuk, Betul Ke?

Blind date, apa yang tergambar di fikiran bila memikirkan tentang perkataan tersebut? Desperate, kaedah yang dah lapuk dan lama, terlalu konservatif, cara lama untuk cari pasangan, dan berbagai-bagai jenis tanggapan yang bermain di minda mengenai blind date ni. Malah kebanyakan tanggapan tersebut menjerumus ke arah negatif! Tapi betul ke blind date ni kaedah cari pasangan yang dah lama dan tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa kini?

IKLAN

Jangan memandang remeh tentang blind date ni, kerana ia mungkin merupakan kunci kepada kebahagian diri anda! Tahu-tahu je diri telah berjumpa dengan Mr atau Mrs. Right, kan? Untuk mencari pasangan tiada istilah lapuk, old school, desperate dan seumpama dengannya, ini kerana mencari kebahagian diri adalah impian setiap manusia baik lelaki mahupun wanita.

Meet & Match!

Foto – wifflegif.com

Hah, dalam usaha mencari pasangan menerusi blind date yang telah disetkan oleh matchmaker untuk anda. Ambil masa untuk meluangkan masa dan bertemu empat mata bersama pasangan blind date, kenali calon tersebut tentang latar belakang diri, keluarga dan pekerjaan. Lihat dan cari persamaan atau keserasian yang terdapat pada diri anda dan pasangan blind date anda.

Jika anda merasakan terdapat keserasian diantara anda dan pasangan blind date, anda berdua boleh membuat temujanji untuk kali sedua dan seterusnya bagi mengenali diri lebih dekat. Lagi pula, jika anda rasakan pasangan tersebut tidak serasi atau tidak sesuai dengan anda, anda boleh menolak untuk meneruskan blind date tersebut secara berdepan.

Tiada Topeng Kepalsuan

Foto – giphy.com

Bayangkan, orang yang sedang hangat bercinta memakai topeng peribadi semasa berpacaran dan tidak menunjukan identiti sebenar kepada pasangan dan apabila berkahwin warna sebenar pasangan mula terserlah dan pada ketika itu mulalah rasa dialam percintaan hanya palsu belaka.

Tetapi menerusi blind date, sejak dari mula lagi anda telah menunjukan diri dan warna identiti sebenar anda tanpa perlu memakai topeng palsu. Dan apabila semasa sesi bersuai kenal berjalan, masing-masing dapat menilai sikap pasangan tanpa rasa prejudis.

Paling penting pada ketika itu keikhlasan dalam meneruskan hubungan dapat dilihat, jika semasa blind date berlangsung, si pasangan kerap menyuarakan rasa tidak suka terhadap sikap atau tingkah laku anda, nah pada ketika itulah perbincangan serta meter toleransi anda dan pasangan blind date di uji.

Misi Mencari The Right Person!

Foto – aliExpress

Kadang kala dek kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk berpacaran dan tidak menemui lagi si dia yang betul-betul untuk diri anda, nah rasanya anda boleh cuba mencari jodoh dengan menerusi blind date! Tiada apa yang perlu dimalukan dengan usia yang dewasa kini dan masih lagi tiada pasangan, dengan blind date mungkin Mr atau Mrs. Right anda muncul di depan mata, siapa tahukan?

Lagi pun jika anda rasakan calon yang diperkenalkan tidak sesuai, bila-bila masa anda boleh hentikan match making tersebut. Apa yang penting anda berusaha untuk mencari kebahagian diri sendiri.

IKLAN

Off-Market? Siapa Kata!

Foto – YouWorkForThem

Siapa kata orang yang berpergi blind date ni individu yang off-market? Tahu tak kebanyakan individu yang tidak kira high atau low profile, mereka sering terjebak dengan blind date! Rata-rata yang pergi blind date ni dek kerana pelbagai faktor seperti atas rancangan atau desakan ibubapa, jalinan hubungan untuk perniagaan, dan pelbagai jenis faktor lain yang kita tak sangka.

Oleh itu, jangan pernah menyangka bahawa individu yang pergi blind date ni off-market, kerana kaliber mereka lebih hebat dari apa yang anda sangkakan! Bak kata pepatah jangan pandang pada sebelah mata.

Tidak Pernah Lapuk Mahupun Konservatif!

Foot – Freepik

Jika anda merasakan kaedah mencari pasangan menerusi blind date ini adalah terlalu konservatif atau lapuk, jawapannya adalah tidak sama sekali. Biar zaman berganti zaman, era berganti era, gaya mencari pasangan menerusi blind date tidak pernah lapuk bahkan ia menjadi salah satu kaedah yang kian meningkat naik dan diguna pakai di seantero dunia tanpa mengira agama, warna kulit, bangsa, budaya, etnik mahupun negara!

Oleh itu, isu blind date bukanlah sesuatu yang patut atau perlu dimalukan kerana ia juga merupakan salah satu cara atau kaedah dalam mencari Mr atau Mrs. Right anda. Dan jangan pernah menganggap individu yang mencari pasangan menerusi blind date adalah loser kerana mereka mungkin lebih bahagia daripada anda tau. Tiada siapa yang mampu menelah takdir dan jodoh bukan? Yang penting adalah usaha dalam mencari kebahagian diri.