Fesyen

Kekal Cool Dengan Koleksi Kasut Vans & Vivienne Westwood

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Kekal Cool Dengan Koleksi Kasut Vans & Vivienne Westwood

Nak bergaya sakan dan dalam masa yang sama  tampil kelihatan smart dan cool? Nah, kasut koleksi daripada Vans dan juga Vivienne Westwood pasti dapat membuatkan anda tidak mahu menanggalkan kasut! Vans merupakan jenama kasut yang tidak asing lagi di seantero dunia kini bekerjasama bersama Vivienne Westwood yang merupakan jenama fesyen daripada British. Menerusi kolaborasi tersebut terhasillah koleksi kasut jenama Vans x Vivienne Westwood Anglomania.

IKLAN

Siapa kata susah untuk bergaya sakan? Dengan penampilan dan kasut yang sepadan akan menghasilkan gaya fesyen yang menarik dan gaya yang tersendiri. Ditambah pula dengan rekaan koleksi kasut hasil kolaborasi diantara Vans dan Vivienne Westwood ini memberikan gaya berfesyen yang kontemporari dan bersesuai untuk dipakai dengan pelbagai jenis penampilan.

Menariknya koleksi kasut Vans x Vivienne Westwood Anglomania ini hadir dalam enam pasang rekaan kasut yang berlain. Setiap kasut memiliki rekaan yang unik dan kisah yang tersendiri. Peminat kasut Vans pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kasut terbaru ini.

Rekaan Ala Girl – Next – Door!

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Mahu tampil kool seperti ala-ala girl-next-door, ini merupakan koleksi kasut yang menarik untuk didapati! Dengan tulisan surat yang dihantar daripada Southern California dengan alamat kepada Vivienne Westwood di 44 Conduit St. London pada kasut menjadikan ia tampil eksklusif dan menarik.

Selain itu dengan setem grafik dan penggunaan warna coklat cerah pada kasut kulit ini memberikan nafas baru dalam rekaan kasut Vans dan Vivienne Westwood! Tak rugi anda membelinya.

Kool Itu Satu Kemestian!

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Lihat sahaja Vivienne Westwood Pirate boot yang berwarna hitam ini menampilkan gaya dan rekaan ikonik daripada Vivienne Westwood. Tambahan lagi dengan strap pelekat pada kasut dengan nama Vivienne Westwood yang di warnakan dengan warna coklat terang menghasilkan kontra yang dinamik.

Bayangkan berjalan bersama t-shirt dan pants slack pendek yang dipadankan bersama kasut boot ini, pasti membuatkan anda kelihatan kool dan bersahaja gitu!

I Check You!

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Rekaan checkerboard menjadi pilihan dan sentuhan Vans dan Vivienne Westwood untuk kolaborasi kali ini. Corak checker yang berwarna hitam dan putih yang merupakan warna signifikan permainan checker ini diguna pakai sebagai inspirasi pada kasut ini.

Tambahan lagi rekaan kasut ini di hiasi dengan rekaan huruf grafik ‘DESTROY’ yang memberikan signifikasi jenama yang lahir pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1977!

IKLAN

Vintage 90’an Gaya Klasik Gempak

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Nah ini pula koleksi rekaan kasut yang klasik dengan stail #53 daripada Vans, ia tampil unik dengan rekaan era 90’an yang kemudiannya di perkemas dengan orb besi yang berwarna-warni daripada Vivienne Westwood. Koleksi kasut vintage yang klasik sebegini pasti membuatkan si pemakai seperti di era 90’an gitu!

Gaya Old Skool Tetap Dihati

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Gemarkan kasut dengan sentuhan gaya old skool? Nah, Vans x Vivienne Westwood Anglomani bawakan kepada anda rekaan kasutnya yang old skool berserta sentuhan rekaan yang unggul! Siapa kata old Skool tak menarik? Kasut bercirikan old skool ini menampilkan warna maroon dengan rekaan grafik thunderbolt atau petir.

Tambahan lagi, rekaan grafik petir dan juga tali kasut yang berwarna kuning mustard ini menghasilkan warna kontra yang menarik dan lain daripada yang lain.

Keaslian Itu Identiti Sebenar!

Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania
Foto – Vans x Vivienne Westwood Anglomania

Satu lagi koleksi Vans x Vivienne Westwood Anglomani iaitu authentic yang mana ia menampilkan rekaan kasut yang memberi fokus kepada keaslian dan originaliti Vans dan juga Vivienne Westwood. Untuk kasut ini pula, ia menampilkan warna-warna biru langit yang dibuat secara eksklusif untuk kolaborasi gempak ini.

Tambahan lagi setiap sentuhan kasut Vans dan Vivienne memiliki finishing yang sama iaitu huruf grafik “VW”. Memang eksklusif betul setiap rekaan kasut Vans dan Vivienne ni.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi kasut Vans x Vivienne Westwood Anglomania ini, anda boleh mendapatkan koleksi kasut ini bermula pada 20 September 2019 ini nanti di seluruh outlet Vans dan Vivienne Westwood di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Vans [SINI] dan laman web Vivienne Westwood [SINI].