Fesyen

Ikon Fesyen Yang ‘Cool’, EXO Kai Dipilih Jadi Duta Gucci 2019!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Ikon Fesyen Yang ‘Cool’, EXO Kai Dipilih Jadi Duta Gucci 2019!

Label ternama dunia Gucci memilih EXO Kai sebagai duta, dan ini menjadi Kai sebagai orang Korea pertama ditawarkan posisi bagi jenama kelahiran Itali itu. Sebenarnya tidak hairan Kai terpilih menjadi duta Gucci, lihat sahaja penampilan fesyen yang dipakai oleh Kai, semuanya up-to-date!

IKLAN
Foto – Pinterest

Nah penampilan Kai di lapangan terbang sahaja dah macam nak pergi pertunjukan fesyen! Dengan sweet shirt turtle neck dan pants hitam berkilat, membuatkan Kai tampak santai dan bersahaja.

Foto – tumblr.com

Wah, penampilan Kai di lapangan terbang memang bikin peminat fesyen jeles! Lihat saja penampilan bersut one piece dengan t-shirt putih daripada Gucci yang di tuck-in dalam seluar membuatkan Kai tampak sporty!

Foto – eonline

Nampaknya Kai memang ditakdirkan menjadi model dan duta untuk jenama terkenal dunia Gucci. Mana tidaknya apa sahaja yang dipakai oleh Kai menjadi ikonik dalam industri fesyen. Malah auranya juga membuatkan mata tak jemu memandang!

Foto – Pinterest

Dengan gaya fesyen yang cukup tinggi dan sesuai dengan aura Kai ia menampilkan mesej dan nilai yang tersendiri. Pengarah Kreatif Gucci iaitu Alessandro Michele berkongsi mengapa Kai terpilih menjadi duta lelaki untuk jenama terkemuka ini.

Ungkapan yang terdapat pada wajah seseorang memberikan satu kuasa gambaran tentang reaksi dan mesej kepercayaan yang ingin disampaikan. Menerusi setiap gambar yang diambil, duta dapat meluahkan apa sahaja nilai, kepercayaan dan individualiti dengan cerita mereka sendiri. – Alessandro Michele

Foto – AllKpop

Kai menjadi model untuk kempen cermin mata musim luruh dan sejuk 2019. Dengan berkaca mata beserta topi merah memberikan vibe dan aura muda pada Kai!

Tahniah Kai kerana terpilih menjadi duta untuk jenama terkenal Gucci pada tahun 2019!

IKLAN