Kesihatan

Eh, Kitaran Haid Tak Teratur? Ini Mungkin Penyebabnya!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Eh, Kitaran Haid Tak Teratur? Ini Mungkin Penyebabnya!

Eh, rasa baru je habis haid kelmarin, kenapa hari ni ada lagi? Lamanya haid ni nak habis, dah nak dekat dua minggu! Aduh sakitnya pinggang, tiap kali datang haid je mesti rasa macam ni. Kenapa kitaran haid bulan ni datang cepat pula ni, bulan-bulan yang lepas elok je maintain tarikh, ni tiba-tiba datang cepat pula tu.

IKLAN

Anda mesti pernah mengujakan soalan-soalan sebegini bukan? Jadual kitaran haid yang tidak menentu dan teratur bukan hadir tanpa disengajakan, mungkin ada sebab mengapa anda mengalami masalah sebegini.

Foto – New York Post

Kehadiran kitaran yang tidak teratur pastinya membuatkan diri berasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan, apatah lagi perkara ini menentukan tahap kesuburan dan kesihatan diri wanita.

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor atau penyebab mengapa terdapat segelintir wanita mengalami masalah sebegini.

Faktor Kitaran Haid Sedikit Dan Tidak Lancar

Umur

Foto – AARP

Untuk pengetahuan semua, kitaran haid wanita boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran haid yang keluar semasa saat remaja. Tetapi jika wanita yang sedang dalam fasa menopaus, anda akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang seikit dan sementara sahaja kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan anda.

Berat Badan Dan Diet

Apa kena mengena pula faktor berat badan dan diet pemakanan dalam masalah kitaran haid yang tak teratur ni? Sebenarnya ianya sangat berkaitan kerana kandungan lemak mampu menjejaskan kitaran haid wanita.

Manakala jika berat badan bertambah ataupun berkurangan ia juga mampu menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur. Oleh itu gaya pemakanan yang seimbang disertakan dengan berat badan yang ideal harus menjadi kunci utama jika anda ingin kitaran haid kembali normal semula.

Kehamilan

Foto – Marion County Public Health Department

Faktor kitaran haid tidak menentu juga boleh disebabkan kerana anda hamil. Pernah tak anda melihat ‘spotting’ seperti darah kecil dan menganggap ia adalah haid? Jika ini berlaku ia mungkin adalah pendarahan implan, dimana telur yang sudah disenyawa tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan ini biasanya akan berlanjutan sehingga dua hari atau kurang. Jika anda mengalami situasi sebegini, terus membuat periksaan di hospital okay!

Penyusuan

Untuk pengetahuan jika wanita yang menyusukan anak, kitaran haid anda mungkin tidak datang selepas berslain ini kerana hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda. Tetapi jangan khuatir kerana kitaran haid akan datang selepas beberapa bulan bersalin.

IKLAN

Kawalan Kelahiran

Foto – Healthy Women

Tahu tak dengan memakan ubat perancang, ia akan menyebabkan darah haid menjadi sedikit dan kitaran haid akan menjadi tidak lancar. Apabila telur tidak dilepaskan ke dalam badan, rahim wanita akan menghasilkan lapisan yang tidak tebal dan ini akan menyebabkan darah haid menjadi sedikit dan melangkau tempoh haid

Oleh itu bagi wanita yang mengambil ubat perancang atau suntikan ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur untuk menghentikan masalah sebegini, cara yang terbaik adalah dengan menghentikan pengambilan ubat perancang tersebut.

Tekanan Emosi

Nah, ini adalah masalah yang sering di hadapi oleh wanita masa kini iaitu tekanan emosi. Tekanan emosi yang dihadapi akan menyebabkan badan mengubah hormon kitaran haid. Bagi yang wanita yang memiliki tekanan emosi ia akan membuatkan kitaran haid menjadi sedikit mahupun menjadi banyak sehingga melangkaui masa tamat haid tersebut.

Kitaran haid akan menjadi kembali normal apabila tekanan emosi yang dihadapi telah pulih seperti sedia kala. Oleh itu, bagi wanita yang mengalami masalah tekanan sebegini, penting untuk anda menangani masalah secara sihat, agar kitaran haid anda kembali normal.

Anoreksia Nervosa

Foto – Halodoc

Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang mampu menjejaskan kitaran haid wanita. Masalah ini juga menyebabkan berat badan kurang dan boleh mengubah hormon dalam badan. Oleh itu, bagi wanita yang mengalami masalah gangguan pemakanan sebegini harus mula mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan betul untuk mengembalikan kitaran haid secara normal.

Sindrom Ovari Polikistik (Polycytic Ovarian Syndrome)

Ini merupakan fasa yang tidak bagus dan tidak sihat, masalah darah haid keluar sedikit tetapi ambil jangka masa yang lama untuk habis serta kitaran haid yang tidak terataur atau telah berhenti datang haid berkemungkinan di sebabkan oleh Sindrom Ovari Polikistik!

Penyakit ini akan menyebabkan perubahan hormon di dalam badan dan menyebabkan telur berhenti matang. Malah ia penyakit ini juga boleh menyebabkan:

  • Berat badan terjejas sehingga membawa kepada masalah obesiti
  • Masalah jerawat
  • Tumbuh bulu-bulu di muka
  • Menjadi punca ketidaksuburan atau mandul
Foto – melodyreports.com

Penyakit ini boleh di diagnos menerusi ultrasound yang menggambarkan sista (cyst) yang terbentuk di dalam ovari. Sekiranya anda memiliki masalah ini, doktor berkemungkinan mencadangkan kepada anda untuk menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid kembali normal.

Foto – drseckin.com

Jika anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sebegini, sebaiknya anda terus pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan. Jangan menunggu lama dan mengambil remeh tentang isu ini. Ia akan menjejaskan kesihatan anda dan masa depan.

Ingat, dapatkan rawatan dan rujukan daripada pakar dengan segera jika anda mengalami masalah sebegini!