Dekorasi

Elektrik Rumah Lebih Jimat Dengan Penghawa Dingin Samsung Wind-Free Baharu!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Elektrik Rumah Lebih Jimat Dengan Penghawa Dingin Samsung Wind-Free Baharu!

Panas betullah cuaca dah pasang penghawa dingin pun rasa sejuk tu tak sama rata, kalau nak rasa sejuk kena duduk betul-betul bawah penghawa dingin tu! Nah sampai begitu sekali situasi yang dialami dan bila sampai bil elektrik rumah mulalah rasa nak pengsan melihat bil yang melambung tinggi seperti KLCC.

IKLAN

Dengan kepelbagaian masalah yang dihadapi dek kerana penghawa dingin, kini syarikat Samsung Electronics Malaysia membawakan kepada anda penghawa dingin terbaru iaitu penghawa dingin Wind-Free™ AR9500M.

Foto – Samsung Electronics Malaysia

Kini rakyat Malaysia tidak perlu risau lagi dengan kenaikan bil elektrik yang melambung atau rasa dingin yang tidak sekata kerana dengan penghawa dingin daripada Samsung ini akan membuatkan kediaman rumah anda rasa sejuk seperti peti sejuk!

Malah dengan penghawa dingin Samsung Wind-Free™ AR9500M ini, ia juga akan melindungi kulit anda dan ahli keluarga anda daripada rasa kering dan rasa dingin yang dihasilkan sesuai serta selesa untuk kulit bayi dan kulit jenis sensitif.

Foto – Samsung Electronics Malaysia

Apa yang menariknya tentang penghawa dingin Samsung Wind-Free AR9500M ini adalah, ia memiliki 21,000 lubang udara mikro. Fungsi Wind-Free™ pada penghawa dingin terbaru ini memiliki teknologi penyejukan dengan dua fungsi sistem penyejukan iaitu:

  • Fast Cooling Mode – dapat menurunkan suhu rumah dengan pantas
  • Wind-Free™ Cooling Mode – berikan rasa sejuk yang sekata dalam ruang kediaman dan mod ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 72% berbanding penggunaan Fast Cooling Mode.
Foto – Samsung Electronics Malaysia

Penghawa dingin Samsung Wind-Free™ AR9500M memiliki Digital Inverter 8-Pole dengan teknologi POWERboost yang mana ia akan menggunakan 32% tenaga elektrik dan akan menjimatkan 68% tenaga elektrik. Tambahan lagi dengan adanya teknologi ini penghawa dingin ini akan berfungsi dengan lebih senyap, tahan lama dan juga lebih ekfektif.

Tahu tak bahawa rekaan penghawa dingin Samsung AR9500M ini berbentuk Triangle Architecture di mana bahagian inletnya lebih luas dan memudahkan udara untuk untuk serap masuk. Malah dengan sudut segi tiga ini membolehkan mod Fast Cooling berjalan 43% lebih pantas dan rasa sejuk yang disebarkan lebih luas sehingga setiap penjuru rumah.

Foto – Samsung Electronics Malaysia

Oh ya, penghawa dingin ini juga memiliki Smart Control WIFI yang membolehkan pengguna untuk mengawal penghawa dingin menerusi aplikasi secara real-time. Fungsi sebegini sememangnya memudahkan dan menyenangkan pengguna!

Kempen ‘A Cooling Revolution’

Untuk menyokong konsep gaya hidup pintar, Samsung mengadakan kempen ‘A Cooling Revolution’ di mana ia menawarkan promosi yang bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2019. Bagi pelanggan yang membeli penghawa dingin Samsung Wind-Free™ AR9500M dari kedai jenama Samsung terpilih akan menikmati 2+10 tahun waranti.

IKLAN

Pakej Waranti

  • 2 tahun penuh waranti
  • 10 tahun compressor coverage
Foto – Samsung Electronics Malaysia

Sempena Sambutan Samsung Gemilang yang bakal berakhir pada 30 September 2019 ini, pelanggan yang membeli penghawa dingin Wind-Free™ berpeluang untuk mendapat khidmat pemasangan percuma yang bernilai RM310 dan juga hadiah Dry Iron yang bernilai RM63.90 atau Thermocafe 0.5ml bersama pouch yang bernilai RM88.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran menarik ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ‘A Cooling Revolution’ ini anda boleh layari laman web [SINI]. Manakala bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sambutan Samsung Gemilang, anda boleh layari laman web [SINI].