Berita & Isu Semasa, Kesihatan

Dek Kerana Hisap Vape, 3 Remaja Masuk Hospital! Ini Perkongsian Mereka

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Dek Kerana Hisap Vape, 3 Remaja Masuk Hospital! Ini Perkongsian Mereka

Vape atau rokok elektrik merupakan salah satu jenis penghantar nikotin elektronik. Rokok elektrik yang dihasilkan dengan harapan untuk penghisap rokok tegar belajar secara perlahan untuk berhenti merokok. Rokok elektrik ini hadir di pasaran dalam berbagai jenis bentuk dan ukuran. Rokok elektrik ini mempunyai tiga komponen utama dalaman iaitu bateri, elemen pemanas dan tabung berisi cairan (cartridge).

IKLAN

Tabung cairan ini mengandungi nikotin, propilen glikol atau gliserin serta penambah rasa seperti buah-buahan, coklat, vanila dan sebagainya.

Foto – DHgate.com (Rokok Elektrik Jenis Juul)
Foto – smoktech.com (Rokok Elektrik Jenis Smok)

Tapi sayang penggunaan Vape ini telah mencederakan tiga remaja sehingga memasuki hospital untuk menjalani rawatan. Ikuti kisah mereka bertiga di bawah dan bagaimana mereka mengharungi saat getir dek kerana bahana menghisap Vape!

Fabian Castillo Koma 9 Hari Kerana Menghisap SMOK Vape

Fabian Castillo koma selama sembilan hari dek kerana menghisap rokok elektrik ini. Menyangkakan yang rokok elektrik tidak akan memberi sebarang masalah kesihatan kepada dirinya, Fabian mengambil keputusan untuk menghisap rokok elektrik ini untuk menghilangkan anxiety yang dialaminya.

Dengan pengambilan nikotin menerusi rokok elektrik ini ia sedikit sebanyak mengatasi rasa tertekan yang dialami. Tetapi ia tidak berlanjutan terlalu lama apabila tidak lama kemudia Fabian mula berasa sukar untuk bernafas dan kemudian dikejarkan ke hospital.

IKLAN

Di hospital Fabian koma selama sembilan hari tetapi merasakan sembilan bulan telah berlalu. Melihat keadaannya yang terlantar di katil hospital dan ibunya yang tertekan melihat masalah kesihatan yang dihadapi, membuat Fabian tidak mahu remaja lain mengalami nasib yang sama seperti dirinya.

Gara-Gara Juul Vape Cara Fraser Hampir Kehilangan Nyawa

Cara Fraser yang kini berusia 19 tahun berkongsi detik cemas apabila doktor memberi tahu kepada ahli keluarganya yang dirinya mungkin tidak dapat bertahan lebih lama dan minta ahli kelaurga bersedia. Cara Fraser mula menghisap rokok elektrik ini ketika dirinya berusia 17 tahun dan bermula episod tragedi pada dirinya.

View this post on Instagram

I started Juuling a lot my senior year of high school, 2/3 years ago. It wasn’t until March of 2018 where I started having trouble breathing. The ER said I had a viral illness and sent me home. The next day I developed a cough as well and was worse..A friend saved my life and woke up me up because I was breathing shallow. I Went back to the hospital and they started doing every test they could think of because they had no idea what was going on. I wasn’t getting enough oxygen and developed respiratory failure and respiratory distress syndrome so I was moved into the ICU. The next morning I was put on a ventilator and on life support because I wasn’t able to breathe on my own. They had to put tubes down my throat and put me in a medical induced coma for a week. Every test came back negative. And I was getting worse…they told my family that I wasn’t going to make it. I woke up a week later and was told I had gotten a very rare pneumonia from vaping and that one of my lungs had collapsed and that they are going to be “damaged forever.” I had to learn how to walk, eat, basic life stuff all over again. Was told I would have to stay at rehab for a year or more. Not only has the JUUL effected me physically, but also mentally. So here I am writing my “story” because everyone needs to know that vaping/smoking is NOT worth the chance. Quit before you have to go through this. #Dangersofvaping #vapingcommunity #smokingkills #juul

A post shared by Cara Fraser (@carafraser21) on

Berikutan menghisap rokok elektrik tersebut, Cara Fraser mengalami masalah kesukaran pernafasan dan dikejarkan ke hospital yang kemudian dirinya koma selama tujuh hari dan hampir mati.

Cara Fraser yang telah berjaya melepas pintu ‘maut’ berazam untuk memberi kesedaran dan ingin membantu remaja lain untuk berhenti menghisap rokok elektrik ini. Dirinya yang telah mengharungi kesukaran untuk berhenti baik dari segi fizikal mahupun mental. Ianya sukar dan kerana kesukaran yang dialami, Cara Fraser tidak mahu insan lain lalui apa yang di laluinya.

Paru-Paru Cedera Chance Ammirata Kerana Juul Vape

View this post on Instagram

This whole experience is absolutely insane and life changing (disclaimer I don’t always look this bad just when I’m glued to the hospital bed for 8 days) I came into this experience completely negative mad at the world , and scared of how things were gonna turn out after my lung collapsed. But I decided to take this negative and completely find another meaning. I decided that spreading my story could help others not have to go through the same thing as me. One by one reading each message from every single one of you explaining how I was able to CHANGE YOUR MINDSET I was able to help you throw out your juul. Makes you realize enough is enough and that nicotine is rotting our brains and destroying our bodies. It overcame me with emotions. I’ve never been happier to make such a difference. My surgery to get my chest tube removed is scheduled in around 2/3 hours and I’m insanely nervous. But I want to make sure my story is always out there. And that the change doesn’t stop. Every day we need to fight to help not only ourselves but the ones we love put down the nicotine. This epidemic has taken enough. We don’t need more evidence telling us just how bad it is. How many more kids are going to have to get hospitalized for us to stop !? None should be the answer don’t take this with a grain of salt. And keep on pushing yourselves to take control of these cravings. I know it’s hard , and I know it will be a long one/2 weeks of getting over the addiction. But 1/2 weeks is so much more worth it than a lifetime of consequences. #lunglove #stopjuul #revolution #wewillmakeachange #wearenotcontrolled edit: hole* reference to third slide

A post shared by Chance Ammirata (@chanceammirata) on

Siapa sangka dek kerana pelawaan rakan untuk menghidap rokok elektrik, membawa dirinya dikejarkan ke hospital apabila mengalami kesukaran pernafasan dan disahkan paru-parunya telah cedera dan membuat keputusan untuk berhenti menghisap rokok elektrik ini dan mula mengadakan kempen kesedaran #LungLove.

Dengan mengongsikan keadaan paru-parunya di akaun Instagramnya dan menggesa rakan-rakannya yang lain untuk turut berhenti menghisap rokok elektrik ini kerana ia membahayakan nyawa.

Bagi individu yang menghisap rokok elektrik ini akan mengalami gejala kesihatan seperti pneumonia, kesukaran bernafas, batuk, demam, keletihan dan fungsi pernafasan gagal berfungsi.

Foto – cnn.com

Di Amerika Syarikat, lebih daripada 450 orang telah menghadapi masalah paru-paru yang serius dan enam orang telah meninggal dunia gara-gara bahana menghisap rokok elektrik ini. Dan kini telah bangkit pelbagai jenis kempen untuk menghentikan pengambilan rokok elekrtrik di seluruh dunia.

Di harap kisah yang dikongsikan di atas dapat memberi kesedaran kepada anda semua. Sayangi paru-paru anda!