Teknologi

Jom Dating Dengan Colonel Sanders Dalam Permainan Simulator Romantik KFC

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Jom Dating Dengan Colonel Sanders Dalam Permainan Simulator Romantik KFC

Bayangkan gabungan diantara cinta dan perniagaan dalam ayam goreng menghasilkan permainan simulator terbaru! KFC kini bakal melancarkan permainan simulator dating yang dikenali sebagai “I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator”.

IKLAN

Bagi pencinta tegar permainan simulasi romantik pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba permainan romantik daripada KFC ini. Permainan simulator romantik ini akan keluar pada 24 September 2019 ini, permainan simulator romantik ini hanya sesuai untuk dimainkan di PC dan juga MAC.

Foto – Fox News

Menariknya dalam permainan ini memiliki aspek seperti battle rivals, persaingan jurujual ayam paling famous, gandaan jam bermain, 11 herba dan rempah serta dapat mengenali rakan baharu menerusi permainan dating romantik ini!

Permainan terbaru daripada KFC ini pastinya akan membuat anda jatuh cinta dengan plot serta cabaran yang perlu dilalui untuk dating dengan Colonel Sanders ini!

Tambahan lagi, grakfik animasi Colonel Sanders ini seperti ala-ala grafik animasi Jepun. Rekaan grafik Colonel Sanders yang sangat kacak ini pastinya membuatkan pemainan cair dan tidak mahu berhenti bermain permainan simulasi dating ini! Untuk ketahui mengenai permainan simulasi romantik daripada KFC ini, anda boleh layari laman web STEAM [SINI] untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini!