Fesyen

Gaya OOTD 4 Selebriti Tempatan Di NYFW2019… Cantik Sangat!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Gaya OOTD 4 Selebriti Tempatan Di NYFW2019… Cantik Sangat!

Kini perhatian dunia tertumpu pada New York Fashion Week (NYFW) untuk pertunjukan koleksi musim akan datang yang berlangsung sejak awal minggu lalu. Tumpuan lensa kamera paparazi turut tidak ketinggalan memerhati beberapa gaya selebriti kita yang diundang memeriahkan acara pertunjukan fesyen berjenama di sana. Siapa lagi kalau bukan Neelofa, Fazura, Scha Alyahya, Farah Nabilah dan Joe Flizzow.

IKLAN

Neelofa

Idola kegemaran ramai Neelofa sakan berkongsi OOTD di samping menyarung busana setiap jenama fesyen yang membuat kemunculan di NYFW. Menurut Instagram, Neelofa menghadiri pementasan fesyen seperti Longchamp, Tory Burch dan Tommy Hilfiger, bahkan beruntung merakam gambar bersama pengasas Tommy Hilfiger sendiri.

View this post on Instagram

Tory Burch show with the ever so stunning #toryburchss20 #toryburch #NYFW @valiram

IKLAN

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Fazura

Tetamu VIP untuk jenama fesyen berprestij kelahiran New York, COACH seperti biasa mengundang aktres berbakat Fazura. Tampil cantik manis dalam dress labuh floral bersama jaket kulit berbulu dan boot hijau tua, serta rambut yang dibiarkan lepas menyerlahkan lagi penampilan Fazura.

Scha Alyahya

Ikon fesyen Scha Alyahya turut diundang memeriahkan tempat duduk hadapan untuk label mewah Tory Burch bersama rakannya Neelofa. Scha pesona dalam dress floral dan rambutnya serba ringkas tanpa dandanan.

Farah Nabilah

Pertama kali ke NYFW2019, aktres baru Farah Nabila diundang oleh jenama kosmetik Maybelline bagi memeriahkan pertunjukan label CONG TRI dan Jason Wu. Yang best sepanjang lawatan ke sana, Farah sempat berjumpa dengan duta Maybelline Gigi Hadid.

Sakan tau semua melaram.. Tapi serius cantik.