Kita sedia maklum, dalam memilih pasangan, ramai orang akan menumpu kepada persamaan dan perbezaan. Persamaan dengan pasangan mempunyai kesan positif terhadap hubungan.
Walaubagaimanapun, mempunyai perkara yang berbeza dengan pasangan anda, seperti hobi juga ada kelebihannya. Malah, bila dilihat jarang kita bertemu jodoh dengan orang perangainya sama. Selalunya sifat semulajadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangan berbeza.
Kita ambil contoh perceraian pasangan hebat Korea Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang mengejutkan peminat. Alasan mereka tidak miliki persamaan dan hobi yang berlainan menyebabkan tiada keserasian. Rasa pelik bukan?
- Foto – Twitter
Walhal kita tahu perhubungan yang menarik apabila kedua pasangan miliki sifat dan karakter yang berbeza.
Hubungan percintaan lebih seronok jika anda yang bersifat introvert bertemu dengan si ektrovert, anda yang pendiam bertemu dengan yang peramah yang kelakar agar hubungan tidak bosan dan ada suasana ceria sentiasa.
Untungnya miliki pasangan yang berbeza kesukaan
Timbul rasa saling menghargai
Miliki hobi yang berbeza dengan pasangan dapat menimbulkan rasa menghargai satu sama lain. Rasa hargai tersebut tidak ditujukan kepada hobi yang dilakukan pasangan, tetapi lebih kepada pasangan itu sendiri.
- Foto – The Jakarta Post
Sebagai contoh, pasangan mungkin mempunyai hobi bersukan dan beriadah walhal anda sama sekali tidak menyukai aktiviti luar.
Tetapi melihatkan kesungguhan dan keseronokan si pasangan, hal ini membuatkan anda lebih menghargai dan inginkan pasangan bahagia melakukan apa yang disukainya.
Mengenal pasangan lebih dekat
Apabila memberitahu hobi anda kepada pasangan, ini sebenarnya adalah saat yang tepat untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat.
Sebabnya, anda boleh mengetahui apa persamaan, perbezaan dan perkara yang menjadikan anda lebih serasi dengan pasangan.
- Foto – Independent
Hal ini tidak hanya membuatkan anda semakin menghargai hobi pasangan, tetapi juga tertarik terhadap sisi lain dirinya.
Misalnya, anda mungkin tertarik kepada sifatnya yang kemas dan teliti dari pasangan yang hobinya suka mengemas.
Melihat dunia dari perspektif baru
Mempunyai pasangan dengan hobi yang berbeza akan memberikan perspektif baru untuk anda. Dengan mengenali hobi pasangan, anda boleh mengalami pengalaman baru yang tidak pernah anda fikir dan rasai sebelum ini.
- Foto – Rotikaya
Pengalaman tersebut juga dapat memberikan anda cara baru untuk berfikir dan merasakan sesuatu. Bagi anda yang tidak berminat dengan sukan ekstrem khususnya, anda mungkin merasa senang melakukannya dengan si dia.
Minat yang berbeza bukan bererti tidak serasi
Keserasian timbul apabila anda dan pasangan menghormati dan memahami antara satu sama lain. Anda berdua serasi jika dapat menikmati aktiviti masing-masing dan masa yang dihabiskan bersama-sama.
Ada yang percaya bahawa ‘serasi’ bererti melengkapi semua hal dalam dirinya. Mereka akhirnya menggunakan pemikiran ini untuk menolak orang yang miliki minat berbeza.
Padahal, pasangan yang berbeza boleh saja berpotensi menjadi pasangan yang tepat dan menyenangkan untuk anda.
- Foto – Astro Awani
It’s okay jika anda dan pasangan dua individu yang berbeza. Asalkan ada keserasian, saling hargai dan menghormati nescaya hubungan akan bahagia hendaknya.
Bukankah pasangan yang serba-serbi sama sangat membosankan? Tepuk dada tanya selera!