Kini Mamonde memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk 11 produk keluaran Mamonde. Antara produk yang diperakui halal adalah seperti Ceramide Skin Softener, Ceramide Intense Cream, Ceramide Emulsion, Ceramide Light Cream, Pore Clean Stick, Floral Hydro Ampoule Toner, Floral Hydro Cream, Floral Hydro Emulsion, Rose Water Toner, Rose Water Gel Cream dan juga Water Soothing Gel.
Produk rangkaian Ceramide ini di formula dengan esktrak bunga raya sebagai salah satu kunci bahan untuk melembapkan. Kombinasi lengkap diantara kelembapan ekstrak bunga raya dan juga Ceramide dapat membantu menguatkan kulit luaran dengan memberi kelembapan yang cukup kepada kulit.
Rangkaian ini sesuai untuk digunakan kepada yang memiliki masalah kuring kering dan dehidrat. Apabila menggunakan rangkaian produk ini ia akan memberikan rasa kesegaran dan kelembapan dengan pantas kepada kulit tanpa berasa melekit. Ini adalah rangkaian produk Ceramide yang memiliki sijil halal.
- Ceramide Skin Softener 200ml (RM70)
- Ceramide Emulsion 150ml (RM80)
- Ceramide Light Cream 50ml (RM131)
- Ceramide Intense Cream 50ml (RM131)
Manakala bagi rangkaian produk Rose Water, ia menggunakan 100% Organic Damask Rose sebagai bahan utamanya. Terdapat pelbagai kebaikan di dalam rangkaian produk Water Rose ini antaranya adalah ia dapat memberi kesan kelembapan dan kelegaan kepada kulit dengan pantas. Selain itu bau harum daripada bunga ros ini dapat memberi ketenangan dan melegakan deria.
Ekstrak bunga ros daripada Mamonde yang terdapat dalam produk rangkaian Rose Water tumbuh di kampung Turia, sebuah perkampungan di Bulgaria yang juga dikenali sebagai Rose Valley. Berikut adalah rangkaian produk Rose Water yang mendapat sijil halal.
- Rose Water Toner 250ml (RM85)
- Rose Water Gel Cream 80ml (RM99)
- Rose Water Soothing Gel 500ml (RM55)
Selain rangkaian produk Ceramide dan Rose Water yang mendapat pengikhtirafan, terdapat satu lagi produk yang mendapat pengikhtirafan sijil halal iaitu Pore Clean Stick 18g (RM49). Produk ini merupakan produk terbaik bagi yang mempunyai masalah jerawat, kerana produk ini dapat menyelinap masuk ke dalam liang pori dan membuang segala kulit mati yang terdapat di dalam sel kulit.
Malah ia juga dengan mudah dapat menyingkirkan blackhead dan whitehead yang terdapat di kawasan hidung. Selain itu produk ini juga dapat memberi kelegaan dan menghidratkan kulit tanpa perlu risau kulit menjadi kering.
Kesemua produk Mamonde yang diperakui dan mendapat sijil halal kini boleh didapati di ke semua cawangan Watson dan juga cawangan Sephora yang terpilih. Bagi yang ingin membeli secara dalam talian pula anda boleh membeli menerusi di Lazada, Hermo dan juga Shopee Mall.