Hiburan

Peminat Teruja Tengok BLACKPINK Tampil Garang Untuk Gambar Majalah

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Peminat Teruja Tengok BLACKPINK Tampil Garang Untuk Gambar Majalah

Berbeza yang cantik dan luar biasa!

IKLAN

BLACKPINK is back in your area with a brand new look!

Majalah JALOUSE China baru-baru ini berkongsi gambar BLACKPINK sebagai muka depan dan menghiasi ruang majalah itu. Keempat gadis muda kelihatan luar biasa dalam persalinan gothic dan punk rock, memberikan sisi yang berbeza BLACKPINK yang kerap dengan imej colourful.

Foto – Weibo

Menariknya, untuk gambar individu mereka, setiap ahli memakai pakaian gothic-punk yang edgy, dengan padanan mekap bold dan glamor. Lisa dengan gincu rona hitam, Jennie seperti biasa imej comel ‘girl next door’, Rose memukau peminat dengan solekan cat eye yang garang dan Jisoo kelihatan seperti CEO yang powerful dan elegan.

Lisa
Jennie
Rose
Jisoo

Yang pasti Blinks teruja dengan imej BLACKPINK sebegini, bahkan berharap dijadikan konsep untuk album baru yang akan datang.

Antara kesemua looks, yang mana paling anda berkenan sekali?