Butik konsep iORA, merupakan butik konsep yang menawarkan busana wanita yang elegan, kontemporari dan berkualiti. Butik iORA kini telah dibuka secara rasmi di Mid Valley Megamall, dengan keluasan menjangkau lebih daripada 9,000 kaki persegi yang berada di aras Satu, F-JA2(B). Pelbagai koleksi yang menarik di pamerkan di butik konsep iORA di Mid Valley ini.
Butik pertama iORA dibuka pada tahun 1998 dengan menawarkan gaya asas yang tak lapuk di telan zaman dan menawarkan busana mengikut musim demi musim. iORA berkembang kepada 25 butik termasuk butik mandiri dan butik konsainan di seluruh Singapura dan Malaysia dengan memberi fokus kepada sub-jenama yang menepati keperluan serta citarasa wanita.
Bagi kategori butik konsep, ini merupakan butik konsep ketiga iORA di Malaysia dan yang terbesar sekali dengan menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung iaitu iORA, LALU dan SORA.
- iORA – iORA menghasilkan pakaian asas yang berkualiti dengan stail yang tersendiri dan di kemaskini bagi memenuhi gaya hidup wanita moden.
- LALU – LALU mensasarkan pelanggan pelanggan yang lebih muda dan dinamik dengan stail yang lebih ceria dan trendy serta mampu milik.
- SORA – SORA menawarkan padanan lengkap wanita seperti kasut, beg dan aksesori yang moden dan minimalis. Selain itu, rekaannya yang penuh versatil merangkumi padanan kemas ke pejabat dan kasual.
Koleksi Musim Luruh 2019 iORA & LALU
Sempenan pembukaan butik konsep terbaru ini, iORA menampilkan rekaan busana Koleksi Musim Luruh 2019 iORA & LALU. Koleksi ini mengetengahkan busana untuk musim luruh tahun ini.
Koleksi musim luruh yang dikeluarkan menampilkan padanan kontra skim warna terdiri daripada rona tanah manakala warna merah dan merah jambu diserlahkan pada helaian bermusim untuk suntikan warna pop di sebalik warna asas senada.
Koleksi iORA menampilkan neutral klasik dengan gabungan merah dan fuschia yang memberikan penampilan penuh berkuasa serta berkeyakinan tinggi.
Gabungan longgar drapey daripada helaian rajut dan kait mencetuskan impak yang elegan dan klasik. Manakala sut dan skirt berlisu menciptakan hasil yang lebih sofistikated. Pelbagai busana musim luruh yang ditampilkan oleh iORA mengekalkan kesegaran gaya untuk musim-musim yang akan datang.
Koleksi LALU menampilkan padanan keselesaan kasual dengan rona terang merah bersama hijau gelap yang memberikan kombinasi menarik bagi musim ini. Rona-rona yang ditampilkan untuk koleksi musim luruh ini merangkumi rona cair sehinggalah ke rona warna yang paling terang yang unik.
Bukan itu saja, busana bagi koleksi LALU ini juga menampilkan mood kasual dan ringan dengan penggunaan fabric chenille dan denim. Bukan itu sahaja koleksi busana LALU ini juga mempamerkan pesona warna-warna unik yang ceria dan sekaligus menjadi daya penarik untuk para remaja.
Dengan serlahan unik koleksi Musim Luruh/Salju 2019 ini, pelbagai jenis blaus, pakaian luar, baju panas, skirt, gaun, celana serta pakaian rajut bakal menyerikan koleksi musim kali ini. Dengan rangkaian fesyen terkini yang merangkumi semua aspek keperluan wanita, ianya memberikan penampilan yang penuh berkeyakinan.
Untuk mengetahui tentang butik konsep ini layari laman web rasmi iORA [SINI] atau ikuti laman Facebook [SINI] dan akaun Instagram [SINI].