Fesyen

Pakar Kata Tiga Warna Ini Buat Penampilan Kamu Nampak Lebih Muda

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pakar Kata Tiga Warna Ini Buat Penampilan Kamu Nampak Lebih Muda

Usia terus meningkat. Tetapi bagi individu yang prihatin terhadap fizikal diri, terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri sentiasa terlihat muda belia. Salah satunya dengan pemilihan warna pakaian.

IKLAN

Hitam bikin penampilan misteri.

Kelabu buat kamu nampak berusia.

Biru dan hijau memberi imej tenang dan segar.

Pemilihan warna pakaian adalah salah satu helah fesyen untuk mewujudkan penampilan yang lebih muda. Menurut stylish Andrew Gelwicks, “jika kamu kelihatan lebih muda, warna patut dielakkan adalah hitam.”

Ini merupakan beberapa warna yang mampu membuat kamu kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Merah Jambu

Ketika memilih outfit yang berwarna merah jambu, pilih yang warnanya berani atau terang. Sebagai contoh fuschia dan hot pink adalah pilihan terbaik untuk membuatmu nampak lebih muda.

Foto – Arkib Wanista

Merah

Merah mempunyai kuasa yang tidak boleh diabaikan. Selain menjadikan kamu lebih menarik, merah juga buat kamu kelihatan muda dan segar, bahkan ceria.

Foto – Arkib Wanista

Ungu

Ya, siapa sangka warga ungu mampu membuatkan kamu kelihatan lebih muda daripada biasa. Tidak seperti merah jambu, yang lebih baik dalam warna terang jika ingin kelihatan muda. Ungu membuat kamu kelihatan segar dalam nada yang muda, seakan-akan pastel.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Walaubagaimanapun warna di atas antara warna yang dilarang ke temuduga pekerjaan. Lihat sini untuk info lanjut – Jangan Pakai Baju Warna Ini Bila Pergi Temuduga!

Selamat Beramal!