Tips - Kecantikan

Muka Bulat, Tembam Boleh Berubah Runcing Ikut Cara Bintang Korea

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Muka Bulat, Tembam Boleh Berubah Runcing Ikut Cara Bintang Korea

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anjal dan salah satunya miliki bentuk muka runcing yang kecil seperti aktres Fan Bingbing, Keira Knightley, Kendall Jenner dan sebagainya.

IKLAN

Kalau boleh semuanya mahu mendapatkan jalan penyelesaian pantas dan mudah bagi mendapatkan bentuk muka idaman sekaligus menaikkan seri. Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa cara bintang Korea gunakan untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.

Bold/Dangling Earring

Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting  menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam dan leher lebih tinggi.

Foto – Koreaboo

Aksesori Rambut

Aksesori rambut seperti cekak atau hairclip mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.

Foto – Arkib Wanista

Kaca Mata

Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempuyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.

Foto – Arkib Wanista

Bucket Hat

Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai. Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.

Foto – Arkib Wanista

Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.

Tak percaya, baca artikel ini – Kajian Jelaskan Kenapa Kamu Perlu Bangga Ada Pipi Tembam

Selamat Beramal!

IKLAN