Dekorasi, Tips

Tidur Yang Cukup Dan Lebih Lena Setiap Hari Ikut Cara IKEA

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tidur Yang Cukup Dan Lebih Lena Setiap Hari Ikut Cara IKEA

Untuk pengetahuan kamu, secara purata, dunia kini hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari.

IKLAN

Bayangkan kita menghabiskan satu pertiga hidup di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar dapat mengharungi kehidupan seharian dengan lebih baik. Namun, kenapa kita masih lagi tidak cukup tidur.

Tidak perlu lihat pada orang lain, semak diri sendiri – setiap kali ke pejabat, kita berasa lesu, tidak bermaya, terasa seperti tidak ikhlas.. Kenapa agaknya?

IKEA “Make Home Count”

Untuk itu, IKEA mengumumkan kempen sepanjang tahun 2020 bertemakan “Make Home Count”, dengan tumpuan khusus kepada bilik tidur. Berdasarkan dapatan daripada tinjauan global Life at Home, IKEA mengakui peranan penting yang dimainkan oleh bilik tidur di rumah. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan, dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat.

Ikea Malaysia

“Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan oleh kekangan masa ataupun bajet. Jadi, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar.”

Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan.

Ikea Malaysia

Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan pelbagai yang boleh diambil dan diterapkan di rumah sendiri. Yang baharu pada tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan satu set produk yang mudah dan mampu dimiliki, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.

Untuk info lanjut, boleh semak ke www.ikea.com.

IKLAN