Makanan

Ini 7 Menu Makanan Delivery Yang Lazat & Popular Di Shah Alam!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Ini 7 Menu Makanan Delivery Yang Lazat & Popular Di Shah Alam!

Makanan, satu ungkapan yang sentiasa meniti di bibir manusia tanpa mengira masa dan hari. Tambahan lagi, dek kerana keperluan rantai makanan yang kian meningkat, pelbagai menu makanan yang lazat dan popular menjadi kegemaran ramai. Menyentuh tentang makanan, di Shah Alam pelbagai menu makanan delivery kian meningkat. Mana tidaknya dengan kepadatan penduduk serta permintaan makanan delivery juga semakin popular.

IKLAN
Foto – Facebook Restauran Bisik Bisik

Di Shah Alam pelbagai aneka makanan delivery yang semakin popular dek kerana rasa masakan yang enak, harga yang berpatutan serta masa penghantaran yang bagus menjadi faktor makanan delivery kian menjadi pilihan ramai di Shah Alam kini.

Antara menu makanan delivery yang kian mendapat perhatian ramai adalah seperti berikut.

ANSSHELLBOX

Foto – Picdeer

Bagi penggemar makanan laut, ANSSHELLBOX menawarkan menu makanan laut delivery kepada anda. Kepelbagaian aneka makanan laut yang menggiurkan ini pastinya akan membuatkan anda tidak sabar. Apa yang menarik harga makanan laut yang dijual ini cukup murah berbanding membeli makanan laut segar di pasar.

Tambahan lagi, ia juga sering menawarkan promosi berbaloi khas untuk pencinta makanan laut. Selain itu, menu makanan laut yang dijual menyajikan hidangan masakan yang cukup memikat selera! Paling penting, ANSSHELLBOX ini memiliki krew penghantaran mereka sendiri.

Untuk tempahan, anda boleh layari akaun Instagram ANSSHELLBOX [SINI] dan rasai pelbagai menu lazat yang dihidangkan oleh mereka!

Gangnam Station

Foto – Facebook Gangnam Station

Bagi penggemar makanan Korea, kini di Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam terdapat restauran yang menghidangkan pelbagai menu masakan daripada Korea. Antara menu yang terdapat di Gangnam Station ini adalah siri menu bulgogi, kimchi jjigae, dolsot bulgogi, jajangmyeon dan pelbagai pilihan menu yang terbaru ada di Gangnam Station. 

Pencinta makanan Korea, anda boleh mencuba menu masakan ini di Shah Alam. Malah bagi yang inginkan makanan ini secara delivery, anda boleh menggunakan aplikasi penghantaran makanan seperti Food Panda untuk mendapatkannya. 

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Gangnam Station ini, anda boleh layari akaun Facebook [SINI].

IKLAN

Rumah Makan Cibiuk

Foto – Facebook Rumah Makan Cibiuk

Anda menggemari makanan daripada Indonesia? Nah anda mungkin mahu mencuba masakan daripada Sunda dan ianya juga terkenal dengan nama jolokan “Raja Sambal”. Wow hebat betul! Bukan sahaja masakan dan menunya yang unik, malah rasanya juga cukup menyelerakan.

Tambahan lagi, dek kerana menunya yang unik dan harganya juga murah dan berpatutan ramai pelajar di Shah Alam membuat pesanan makanan delivery menerusi Food Panda. Dan ianya berbaloi untuk mencuba. Jom apalagi, rasai masakan daripada Sunda yang terkenal sebagai Raja Sambal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rumah Makan Cibiuk ini, anda boleh melayari akaun Facebook [SINI].

EAT & REPEAT Cafe Shah Alam

Semangkuk hanya RM1.90! Nah, yang ini memang syok. Sebab apa, segala menu makanan yang disediakan semuanya dijual pada harga yang sama iaitu RM1.90 sahaja. Bukan sahaja menu yang dihidangkan itu menyelerakan dan lazat. Malah ianya juga potion makanannya juga banyak.

Di kafe ini, pelbagai aneka menu yang ditawarkan menepati citarasa pengunjung yang hadir untuk menikmati makanan di kafe tersebut. Tetapi kini Eat & Repeat Cafe Shah Alam juga boleh di pesan menerusi aplikasi Food Panda. 

Bagi kemudahan sebegini, ramai pelajar yang memesan menu di kafe ini dek kerana kemudahan penghantaran, menu makanan yang pelbagai serta harganya yang murah!

Bagi yang ingin mengetahui tentang kafe ini lebih lanjut, anda boleh melayari akaun Instagram Eat & Repeat Cafe Shah Alam [SINI].

CRG Chicken Rice Guys

Nah yang ini satu lagi nama yang cukup popular di kalangan penduduk di Shah Alam. CRG Chicken Rice Guys, kedai nasi ayam ini cukup terkenal dengan menu nasi ayam, nasi itik, mee kicap dan mee kari putihnya. Selain menu makanan yang lazat, potion makanannya juga sangat banyak!

Patutlah ramai yang mengunjung kedai nasi ayam ini. Tambahan lagi harganya juga cukup murah dan berpatutan. Bagi ingin mengetahui tentang Chicken Rice Guys ini anda boleh melayari akaun Instagram [SINI].

Restauran Bisik-Bisik

Foto – Facebook Restauran Bisik Bisik

Ada yang minat makan mee udang atau nasi ayam warisan? Nah ini adalah tempatnya. Bagi yang inginkan makanan ini dihantar ke rumah pun boleh, anda boleh memesan makanan menerusi aplikasi Food Panda. Menariknya di restauran Bisik-Bisik ini, pelbagai aneka menu yang menyelerakan menjadi rebutan dan pilihan orang ramai.

Malah harganya yang bersesuai mengikut menu yang dipamerkan menjadi salah satu faktor ramai yang menunjungi restauran mahupun yang memesan menerusi aplikasi penghantaran makanan.

Bagi yang ingin mengetahui tentang restauran Bisik-Bisik ini lebih lanjut dan ingin melihat rangkaian menu yang ditawarkan anda boleh melayari akaun Facebook Restauran Bisik-Bisik [SINI].

Pulut Kuning Rendang Zarina Zainuddin

Mengidam nak makan pulut kuning? Nah pulut kuning rendang Zarina Zainuddin ini pasti akan membuatkan anda terliur! Rasa rendang yang cukup lazat dengan keenakan pulut kuning yang lembut membuatkan perut kenyang. Tambahan lagi harganya yang berpatutan menjadikan ia pilihan menu makanan yang digemari ramai.

Malah potion makanan ini juga banyak dan berbaloi untuk dicuba! Bagi yang ingin mencuba makanan lazat ini, anda boleh mencari agen rasmi pulut kuning rendang Zarina Zainuddin menerusi akaun Instagramnya di [SINI].

Sekali dah cuba pasti nak lagi!

Bagi yang ingin mencuba menu pilihan delivery di atas, pasti tidak akan berasa rugi. Dengan kepelbagaian menu yang menarik serta dengan harga yang berpatutan, pastinya berbaloi untuk dicuba! Jadi tunggu lagi, jom rasai menu makanan lazat ini hari ini!