Acara

LEGOLAND Tawar Upgrade Pas Tahunan Secara Percuma Di MATTA Fair 2019

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
LEGOLAND Tawar Upgrade Pas Tahunan Secara Percuma Di MATTA Fair 2019

LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan harga terbaik di MATTA Fair 2019 yang bermula pada 6 September sehingga 8 September 2019. Pelanggan akan menikmati lebih banyak tawaran hebat dengan penambahan 20% diskaun apabila membeli tiket Theme Park dan tiket kombo Theme Park dan SEA LIFE  untuk satu hari, yang boleh dinaik taraf kepada pas tahunan secara percuma!

IKLAN

Menerusi tawaran hebat LEGOLAND di MATTA Fair kali ini, selain daripada menawarkan 20% diskaun tiket untuk satu hari kepada pas tahunan secara percuma. LEGOLAND menawarkan tarikan terbaru kepada pelanggan yang bakal mengunjungi pusat peranginan popular ini antaranya adalah:

Persembahan LEGO Friends LIVE

Foto – LEGOLAND Malaysia Resort

Untuk tarikan terbaru ini, pengunjung akan dihiburkan menerusi persembahan secara LIVE oleh karakter daripada program televisyen popular LEGO Friends iaitu Olivia, Emma, Stephanie, Mia dan Andrea.

Persembahan yang penuh bertenaga selama 20 minit ini pasti akan membuatkan anda dan keluarga terhibur. Dan selepas persembahan, pengunjung berpeluang untuk bergambar bersama karakter LEGO Friends ini dibahagian meet and greet. Pengunjung dapat menyaksikan persembahan ini setiap hari untuk empat sesi dan ianya eksklusif hanya di LEGOLAND Theme Park.

Brick – or – Treat

Sambutan Halloween semakin menghampiri dan LEGOLAND telah bersedia menyambut anda sekeluarga dengan sambutan spooky yang meriah dan menyeronokan. Tahun ini LEGOLAND akan menggunakan beberapa elemen daripada jenama terbaru iaitu LEGO® Hidden Side™ series.

Di mana ia akan membawa anda sekeluarga menerusi dunia maya (AR) pada telefon bimbit pintar dan membawa anda disebalik dunia tersembunyi dengan pelbagai cabaran dan misteri untuk ditakluki!

SEA LIFE Malaysia

Jom berinteraksi bersama hidupan marin dan alami pengalaman bersama hidupan marin ini menerusi storytelling yang menakjubkan di SEA LIFE Malaysia. Anda dan kelaurga pasti akan tertawan dengan melihat gelagat hidupan marin yang menyeronokan.

Malah tangki akuarium yang unik dan playful untuk kanak-kanak juga terdapat di sini. Selain itu, anda serta keluarga dapat menyentuh hidupan marin seperti tapak sulaiman yang comel dan melihat pelbagai spesis kuda laut serta habitat hidupan marin yang lain!

❗️MATTA Fair at PWTC❗️Yes, we are back with all the AWESOME Deals! Make sure you visit our booth at MATTA Fair PWTC…

Posted by LEGOLAND Malaysia on Tuesday, September 3, 2019

Jom dapatkan tawaran hebat LEGOLAND Malaysia Resort untuk Theme Park, Water Park, SEA LIFE Malaysia dan juga hotel.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai yang datang melawat Johor pada tahun 2020, program tahun melawat Malaysia 2020 juga turut tersebar. Dan sempena pelbagai acara yang menanti pada tahun ini sehingga tahun hadapan, LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan tawaran di MATTA Fair dengan promosi seperti dibawah:

1. 30% diskaun untuk tiket satu hari

2. Promosi penginapan LEGOLAND Malaysia Resort:

  • 2D1N penginapan di Hotel Tema LEGOLAND, bilik untuk 5 orang dengan triple-park pas tahunan (2 dewasa, 3 kanak-kanak) RM1,682
  • 2D1N penginapan di Hotel Premium LEGOLAND, bilik untuk 5 orang dengan triple-park pas tahunan (2 dewasa, 3 kanak-kanak) RM1,832

Pelanggan boleh mendapatkan promosi istimewa LEGOLAND di MATTA Fair 2019 di booth 5019-5022. Promosi ini akan berlangsung pada 6 September hingga 8 September 2019 ini di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang rasmi LEGOLAND [SINI] atau melihat di laman Facebook [SINI] dan di akaun Instagram [SINI].