Sepasang suami isteri Andy Stakes dan Jeanette Hardy daripada Yorkshire telah membeli stesen mendengar lama milik tentera di Galloway dengan harga €120K atau RM554K. Menariknya mereka memilih untuk membina rumah di situ apabila sepasang suami isteri ini bercuti bersama anjing mereka di pesisiran pantai.
Pada awalnya pasangan ini telah membuat perkiraan dan menganggarkan mereka cuma perlu menghabiskan sebanyak €250K atau RM1.1 Juta untuk menyiapkan rumah idaman mereka berdua.
https://www.youtube.com/watch?v=nHjXZ5epQpk
Tetapi dek kerana faktor angin yang terlalu kuat, hujan yang lebat dan berterusan, serta risiko tinggi dalam proses pembinaan rumah idaman pasangan terbabit telah menambahkan kos perbelanjaan keseluruhan.
Angin yang berkelajuan diantara 20mph hingga 50mph memberi cabaran berat dan besar buat pekerja pembinaan dalam menyelesaikan rumah impian milik Andy Stakes dan Jeanette Hardy ini.
Rumah yang di bina di tepi tebing di Scotland ini benar-benar memberi cabaran hebat buat si pekerja dan juga pasangan suami isteri ini. Tambahan lagi material bahan yang berat dan dinding kaca sebagai elemen utama untuk membina rumah idaman ini sememangnya memberi risiko yang tinggi.
Menariknya rekaan dalaman di reka oleh Jeanette dan manakala Andy merangka keseluruhan perkembangan rumah mereka.
Saya ingin membina tiga sisi dinding yang kalis air dan semuanya ditanam di dalam tanah untuk mengelakkan berlakunya tanah runtuh. kemudian di bahagian tebing yang menghadap laut pula berdindingkan dinding kaca. – Jelas Andy
Bagi saya apa yang penting dalam faktor menghiasan sudut dalaman rumah, saya mahu apabila memasuki pintu rumah terdapat faktor ‘wow’ sama seperti kita berdiri di atas tebing. – Jelas Jeanette
Membina rumah di kawasan yang penuh risiko tinggi ini pastinya memberikan kerisauan tambahan lagi dengan faktor cuaca yang bisa memburukan keadaan. Tetapi dek kerana pasangan ini telah menimbang baik buruk dalam membina rumah idaman mereka di tebing ini, akhirnya rumah ini berjaya disiapkan.
Rumah ini mengambil masa dalam tempoh dua minggu untuk menyiapkan lapisan pertama dengan bumbung rumah yang kuat dan kukuh dari rintangan angin kuat.
Kemudian dinding dan tingkap kaca yang digunakan pula bernilai RM175K atau €38K, ia merupakan kaca yang tebal dan tahan lasak serta mampu menangani badai angin. Meski kerja-kerja yang dilakukan amat sulit tetapi akhirnya ia membuahkan hasil dan berjaya disiapkan.
Dan keseluruhan perbelanjaan menyiapkan projek rumah idaman ini bernilai RM1.9 Juta atau €420K. Wow, bukan sedikit wang yang dibelanjakan demi menyiapkan rumah idaman ini! Tambahan lagi berada di tebing setinggi 100 kaki pula tu!