Khloe Kardashian baru-baru ini menafikan dia membuat pembedahan plastik dan mengubah hidungnya.
Tetapi gambar Instagram terbaru Khloe menunjukkan sebaliknya malah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat, yang mendakwa bahawa wajah bintang tinggi lampai itu kelihatan langsung ‘tidak dikenali’, bahkan terlalu berbeza.
Pada gambar tersebut, Khloe memakai korset kulit merah jambu, yang menonjolkan asetnya dari muka sehinggalah ke tubuh badan yang menggiurkan itu.
Walaubagaimanapun bukan body Khloe yang menarik perhatian follower, tetapi wajahnya. Hampi kesemua yang komen meminta bintang realiti itu untuk menahan diri dan jauh daripada pembedahan kerana hampir merosakkan wajahnya yang sedia kala cantik semulajadi.
Mungkin peminat lupa bahawa teknik kontur telah maju sejak KUWTK ditayangkan pada tahun 2007, yang mana Khloe menunjukkan dirinya dalam tutorial mekap untuk Vogue – di situ Khloe mengakui bahawa dia kadangkala kelihatan “gila” dan obses dengan kontur hidung yang berlebihan.
Peminat mendakwa wajah Khloe langsung ‘tidak dapat dikenali’ berbanding dengan rupa biasanya. Di bawah diambil pada Februari 2019.
Rupa terkini pada September 2019.
Memang tidak dapat dinafikan lain macam rupa Khloe sekarang. Kita sedia maklum dengan perkembangan teknologi, tak mustahil Khloe melakukan teknik penyuntingan berlebihan sebelum memuat naik gambar di Instagram. Atau sekadar mekap tebal, kita sendiri tahu bagaimana adik beradik Kardashian ‘gilakan’ mekap.
Bila ada duit, macam-macam boleh buat…