Dekorasi

Hiasi Kediaman Rumah Dengan Elemen Santai Bersama HOOGA

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Hiasi Kediaman Rumah Dengan Elemen Santai Bersama HOOGA

HOOGA atau cara sebutannya adalah “hue-guh”, nama kedai ini diambil daripada perkataan Danish iaitu “hygge” yang memberi maksud perasaan santai dan menikmati segala perkara dalam hidup. HOOGA merupakan kedai konsep yang menawarkan pelbagai barangan dekorasi rumah. Menariknya barangan di HOOGA ini memiliki elemen ‘cozy’ yang mampu menghasilkan suasana harmoni dan nyaman, sesuai seperti nama kedainya HOOGA.

IKLAN
Foto – HOOGA

HOOGA kini membuka cawangannya yang keempat di 1 Utama Shopping Centre, rangkaian stor barangan dekorasi dalaman rumah ini pastinya akan membuatkan anda untuk tidak sabar berkunjung ke cawangan keempat HOOGA ini.

Foto – HOOGA

Stor terbaru HOOGA di 1 Utama Shopping Centre ini merupakan stor outlet terbesar dengan keluasan 7,641 kaki persegi. Apabila tiba di kedai ini, pengunjung akan disambut dengan panorama tumbuhan hijau botani di bahagian pintu masuk kedai.

Foto – HOOGA

Apabila mata menjadi tenang dengan panorama pokok-pokok botani di bahagian pintu masuk, menyusul pula ke bahagian dalam kedai yang di penuhi dengan barangan dekorasi hiasan dalaman rumah yang memukau mata.

Di cawangan keempat dan terbesar milik HOOGA ini menawarkan 33 jenis kategori barangan antaranya Lighting and Accessories, Home Décor, Storage and Organisations, Bath, Bedding and Tableware yang menawarkan pilihan barangan sehingga 1,100 jenis barang!

Foto – HOOGA

HOOGA merangkumi kehidupan yang bersederhana dalam masa yang sama memberi kepuasan menikmati kehidupan seharian. Perkara ringkas yang berlaku dalam hidup adalah hygge.

Anda tidak perlu lagi berfikir bagaimana untuk menjadikan ruangan dalaman rumah menjadi hyggelic, cukup dengan barangan rumah yang betul dapat mengubah dalaman rumah.

Dengan pelbagai produk barangan daripada HOOGA di cawangan terbaru kami di 1 Utama Shopping Centre, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengubah rumah mereka dengan menikmati gaya hidup yang ringkas bersama HOOGA. – Jelas Ketua Pegawai Operasi HOOGA, Koay Gray Sen

Foto – HOOGA

Dengan pelancaran kedai cawangan terbaru di 1 Utama Shopping Centre ini, HOOGA menawarkan 10 jenis produk baharu di kedainya antaranya adalah perkakas minuman, kusyen, lampu dekorasi, hammock dan pelbagai jenis barangan lain yang memiliki elemen hygge!

IKLAN
Foto – HOOGA

Cawangan keempat HOOGA ini terletak di Lot F140, tingkat 1, 1 Utama Shopping Centre, 1 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Sempena menyambut pembukaan cawangan HOOGA di 1 Utama Shopping Centre ini, HOOGA menawarkan kad keahlian yang dikenali sebagai ONE Card dan dapat menikmati keistimewaan sebanyak 5% potongan untuk barangan berharga normal. Dan tawaran ini sah bermula dari 1 September sehingga 30 September 2019 ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk rebut barangan berkonsep hygge di HOOGA sekarang!

Foto – HOOGA

Bukan sahaja barangannya berkualiti, harga juga berpatutan dan paling penting rekaan yang ergonomik pasti membuatkan anda berpuas hati. Jom hiasi kediaman rumah dengan barangan dekorasi daripada HOOGA ini.

Untuk mengetahui mengenai HOOGA dengan lebih lanjut, anda boleh mengikuti perkembangan mereka di laman Facebook HOOGA [SINI] atau akaun sosial media Instagram [SINI] atau pun melayari secara terus di laman sesawang rasmi HOOGA [SINI].