Adidas Originals menampilkan rekaan kasut yang unik sempena musim panas, apa yang menariknya rekaan kali ini Adidas Originals berkolaborasi bersama AriZona Iced Tea dan menampilkan vibes kesegaran musim panas yang unik dan tersendiri!
Rekaan kali ini menampilkan kasut untuk lelaki dan wanita bagi kasut edisi Continental Vulc dan sandal Adilette Slide. Kedua-dua jenis produk ini memiliki vibes dan karakteristik musim panas yang tersendiri.
Sempena kolaborasi gempak ini, Adidas by AriZona Iced Tea menghasilkan 10 kasut unik yang mengambil inspirasi daripada AriZona dengan empat jenis air minuman popular mereka iaitu Teh Hijau bersama Ginseng dan Madu, Lemon, Mucho Mango dan juga Tembikai.
Setiap kasut memiliki lambang jenama AriZona dan kasut ini juga diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti premium.
Untuk kasut edisi Continental Vulc lelaki dan wanita kedua-duanya dijual pada harga yang sama iaitu RM420 ($90/€90) untuk sepasang kasut edisi ini.
Warna bagi kasut edisi Continental Vulc untuk lelaki ini, diambil dari inspirasi air popular AriZona. Di mana bagi kasut jenis perisa Teh Hijau bersama Ginseng dan Madu didatangi dengan warna gandingan hitam dan turquoise bersama sulaman pada panel kanvasnya.
Manakala bagi kasut perisa Lemon pula didatangani dengan gandingan warna putih dan turquoise dan memiliki sulaman grafik pada kasut. Bagi kasut untuk perisa Mucho Mango dan Tembikai pula ia didatangi dengan gandingan warna kuning dan merah dengan masing-masing memiliki sulaman grafik yang menampilkan perisa masing-masing.
Warna bagi kasut edisi Continental Vulc wanita pula didatangi dengan dua jenis kasut berperisa Teh Hijau bersama Ginseng dan Madu serta perisa Lemon.
Untuk kasut wanita edisi ini, bagi kasut perisa Teh Hijau bersama Ginseng dan Madu tampil dengan gandingan warna merah jambu dan turquise beserta sulaman bunga ceri pada kasut.
Manakala bagi kasut perisa Lemon pula menampilkan gandingan warna hitam berserta sulaman geometrik yang kreatif dan unik.
Selain rekaan kolaborasi untuk kasut edisi Continental Vulc ini, Adidas Originals dan AriZona juga turut menghasilkan rekaan untuk sandal edisi Adilette Slides. Untuk rekaan sandal Adilette Slide ia hadir dengan empat jenis warna mengikut perisa yang sama seperti kasut edisi Continental Vulc.
Sandal edisi Adilette Slide ini dijual pada harga RM170 ($35/€35). Kedua-dua kasut Continental Vulc dan sandal Adilette Slide ini telah mula dijual di seluruh dunia bermula pada 1 September 2019 baru-baru ini.
Layari laman sesawang rasmi milik Adidas Originals [SINI] dan ketahui lebih lanjut tentang kasut terbaru Adidas by AriZona Iced Tea sekarang.