Cinta & Perhubungan

Ini Untungnya Ada Kakak. Wanista Kongsi 7 Kelebihan!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ini Untungnya Ada Kakak. Wanista Kongsi 7 Kelebihan!

Tidak semua mempunyai seorang kakak atau abang. Bagaimana rasanya mempunyai seorang kakak? Seronok atau tidak? Pada pendapat penulis, kakak boleh dijadikan seorang sahabat yang paling baik dan boleh diharapkan untuk melindungi dan membantu kita selain daripada ibu bapa. Memanglah ada hubungan love-hate,  namun ia tidak bermaknanya hubungan adik beradik boleh diputuskan begitu sahaja.

IKLAN

Wanista kongsikan kelebihan jika anda mempunyai seorang kakak. Setuju atau tidak dengan point di bawah?

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa jika anda mempunyai kakak atau adik perempuan, anda akan menjadi lebih berhati lembut dan ramah. Kajian juga mendapati bahawa remaja yang mempunyai kakak atau adik perempuan akan merasa kurang kesepian dan lebih dicintai. Seorang adik beradik perempuan mempunyai pengaruh yang jauh lebih kuat daripada ibu bapa mengenai kesejahteraan mental seseorang.

Foto – Elite Daily

Sahabat sejati

Bagi yang mempunyai kakak, mereka adalah teman sejati anda buat selama-lamanya secara harfiah. Memang kadang-kadang kakak  dan adik ni boleh jadi seperti anjing dan kucing atau sering berbalah. Namun, air yang dicincang takkan putus. Ikatan persaudaraan membuatkan anda selesa berbual mengenai hal peribadai dan masalah anda.

Kongsi pakaian

Baju kamu, baju saya juga. Ya ini adalah perkara biasa bagi mereka yang mempunyai seorang kakak. Anda berdua boleh berkongsi pakaian, aksesori, buku dan hampir semua benda (kecuali teman lelaki!). Dia adalah rakan shopping anda dan juga rakan makan serta menonton wayang. Pendek kata, semuanya dilakukan bersama kakak anda. Anda bebas boleh gosip dengan kakak anda tanpa perlu menahan diri atau takut pengkhianatan.

Foto – Simplemost

Perlukan bantuan? Kakak Ada

Apabila anda ditimpa masalah, dialah orang yang anda harapkan untuk membantu anda. Dia mungkin berkata bahawa dia tidak akan membantu anda dan menyuruh anda menyelesaikan masalah anda sendiri, walau bagaimanapun, kakak biasanya lembut hati. Akhirnya dia akan membantu anda dan tidak akan meninggalkan anda di dalam kesusahan. Dia tetap bersama-sama dengan anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Penjaga rahsia anda

Anda berkongsi rahsia mengenai teman lelaki anda ataupun crush anda? Anda membuat salah terhadap ibu bapa anda? Biasanya kakak anda tahu semuanya dan dia akan menjaga rahsia anda dengan selamat (melainkan anda buat hal). Kadang-kadang orang perempuan memang sukar simpan rahsia, jadi kalau dah tak tahan sangat, luahkan pada kakak anda.

Foto – Forbes

Anda tidak bersendirian

Walaupun anda berada di dalam fasa paling menyedihkan dalam hidup anda, anda sebenarnya tahu bahawa anda tidak pernah benar-benar sunyi. Walaupun berada jauh beribu batu, kakak anda akan sentiasa berada di sisi anda. Dia tidak akan membenarkan anda merasa sunyi walaupun sedikit pun. Hargailah kakak anda!

Seseorang untuk menjaga ibu bapa

Anak tunggal biasanya mempunyai kebimbangan untuk menjaga ibu bapa mereka semasa tua. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai adik-beradik, anda tahu bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang daripada adik beradik anda yang sayangkan ibu bapa anda seperti anda sayangkan ibu bapa anda juga. Jadi tanggungjawab menjaga ibu bapa itu boleh dipikul bersama.

IKLAN

Teman ke mana-mana

Jika anda menghadiri acara ataupun ke program tertentu, biasanya kakak atau adik beradik akan meluangkan masa untuk menemani anda. Syokkan?

Giphy

Ambil masa seminit, whatsapp, mesej ataupun hubungi kakak anda dan bertanya khabar :)