Hiburan

Pengalaman Menonton Wayang Lagi Best Dengan “ScreenX” Pertama Di Malaysia

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pengalaman Menonton Wayang Lagi Best Dengan “ScreenX” Pertama Di Malaysia

Pengalaman menonton wayang dengan paparan “ScreenX” memang puas hati!

IKLAN

Selaras dengan komitmen untuk terus berinovasi, dan menyediakan masyarakat dengan pengalaman pawagam yang lebih hebat dan canggih, Golden Screen Cinemas (GSC) kini membawakan paparan 270 darjah pertama di Malaysia, ScreenX.

Foto – Arkib Wanista

Sekarang tersedia secara eksklusif di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, pengalaman ini menjanjikan penonton dimensi baru yang lebih menyeronokkan serta kepuasan yang tidak ada sebelum ini.

Paparan ScreenX 270 Darjah

Pengalaman pawagam premium, panorama, ScreenX menggunakan sistem proprietari untuk mengembangkan tabir utama ke dinding kiri dan kanan auditorium. Sekaligus memberi gambaran yang meluas, padat, bahkan lebih dekat, ini juga dapat memberi pembikin filem cara baru untuk menceritakan kisah mereka.

Foto – Arkib Wanista

Selain daripada format skrin 270 darjah, ScreenX GSC juga menawarkan tempat duduk eko-kulit yang lebih selesa dan luas berbanding dewan biasa.

Teringin nak merasai pengalaman menonton di ScreenX? Tiket ScreenX hanya berharga RM29 sahaja.

IT CHAPTER TWO

Yang menarik, filem badut seram “IT CHAPTER TWO” yang bakal menemui penonton 6 September 2019 akan tersedia dalam format ScreenX, secara eksklusif di GSC 1 Utama.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Jangan lepaskan peluang ini!

IKLAN