Makanan

Rasai Perisa Aiskrim Premium Ben & Jerry’s Yang Lazat Hari Ini!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Rasai Perisa Aiskrim Premium Ben & Jerry’s Yang Lazat Hari Ini!

Syarikat aiskrim terkenal di dunia Ben & Jerry’s kini telah membuka Scoop Shop pertama dalam Malaysia di Sunwa Pyramid (Central Avenue). Jenama aiskrim premium Ben & Jerry’s yang kini telah memasuki pasaran tempatan ini menghidangkan enam belas jenis perisa menarik dan lazat!

IKLAN

Antara enam belas perisa yang ditawarkan ini merupakan perisa yang terlaris di dunia seperti Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough beserta dengan beberapa produk makanan lain seperti shakes, sundae, kek aiskrim dan beraneka rangkaian produk makanan yang baru.

Foto – Ben & Jerry’s

Menurut Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal, Ben & Jerry’s memahami bahawa pelanggan semakin peka tentang produk serta kandungan yang di makan oleh pengguna dan nilai ini menjadi pegangan utama bagi Ben & Jerry’s.

Foto – Ben & Jerry’s

Selain itu, Ben & Jerry’s juga telah bekerjasama dengan eat X dignity yang merupakan sebuah inisiatif tempatan dengan menyediakan peluang keusahawanan dalam industri makanan dan minuman kepada pelajar kurang bernasib baik di Malaysia.

Foto – Ben & Jerry’s

Bukan itu saja, Scoop Shop di Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di kedainya dengan menawarkan penyedut minuman kertas biodegradasi dan sudu kayu kepada para pelanggannya.

Aiskrim premium Ben & Jerry’s ini telah mula berada di semua pasaraya utama seperti AEON, Jaya Grocer’s dan Sam’s Groceria.

Untuk mengetahui tentang Ben & Jerry’s serta ingin mengikuti perkembangan jenama aiskrim paling laris di dunia ini, anda boleh melawati laman Facebook [SINI], Instagram [SINI] dan laman sesawang rasmi Ben & Jerry’s [SINI].

IKLAN