Cinta & Perhubungan

Adakah Kita Dibenarkan Merajuk Dengan Si Ibu? Ustazah Beri Jawapan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Adakah Kita Dibenarkan Merajuk Dengan Si Ibu? Ustazah Beri Jawapan

Sediakan tisu sebelum membaca penjelasan lanjut…

IKLAN

Cemburu adalah punca utama dalam persaingan antara kandung. Apabila salah seorang dalam keluarga mempunyai perasaan cemburu, dia akan sentiasa cuba membandingkan dirinya dan mencetuskan perkelahian sesama saudara kandung lain. Cemburu boleh terjadi mungkin disebabkan kepada beberapa faktor, ibu bapa membanding bezakan adik beradik atau mungkin juga merendahkan kebolehan dan banyak lagi.

Foto – Pinterest

Contohnya, bila si ibu mengatakan ini kepada saah seorang anaknya; “Apa nak jadi dengan kau ni… lihat si Diana tu, habis sekolah terus balik rumah, tak melencong. Lepas tu terus mandi, solat dan belajar. Tak macam engkau, entah apa nak jadi nanti.”

Keadaan ini dalam diam boleh timbul rasa cemburu antara adik beradik bahkan tempias rasa merajuk pada si ibu. Tapi adakah patut kita merajuk dengan si ibu hanya kerana rasa cemburu? Adakah kita dibenarkan untuk ada perasaan negatif itu terhadap ibu kita?

Foto – Women Health

Ini Penjelasan Ustazah…

“Apapun yang mereka (seorang ibu) lakukan, mereka tetap yang terbaik. Kita pandai macam mana sekalipun dari segi pendidikan, seorang ibu tetap betul. Walaupun fakta yang dikatakan seorang ibu itu salah, tapi sebaiknya kita yang anak ini mengalahlah.

“Ibu adalah makhluk yang Allah muliakan, kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya, atas sebab itu kita tiada hak untuk merajuk kepada seorang ibu. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka. Pohonlah rahmat kerana di tangannya ada rahmat yang boleh mendoakan kita, doanya tiada hijab yang boleh terus sampai kepada Allah. Kita tidak sedar di saat kita sedang lena, seorang ibu sanggup bangun untuk mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, kerahmatan si anak.

“Oleh itu, jika kita masih ada seorang ibu, sebaiknya junjunglah kasih seorang ibu, letakkan dia di tempat paling mulia. Andai kita ada ibu mertua, junjunglah dia ke tempat mulia.

“Hatta Rasulullah S.A.W, dapat jumpa ibu susuannya Halimahtus Sa’adiah, dibukakan serbannya, dihamparkan serbannya minta Halimahtus Sa’adiah duduk di atas serbannya.

IKLAN

tengok ni,dengar betul2.. 😉

tengok ni,dengarlah betul2.. 😉 😉 credit : astro oasis#follow / like page Bawang community

Posted by Bawang community on Friday, May 17, 2019

Sayangilah ibu kerana kita belum tentu dapat membalas jasa seorang ibu yang mengeluarkan kita daripada gelap rahim kepada terang dunia. Berjasalah kepada kedua ibu bapa sebelum terlambat.

Selamat Beramal!