Bayangkan selipar biasa yang ada di pasaran tempatan pasti akan terkejut apabila mengetahui jenama rekaan mewah dari Perancis iaitu Hermès telah menjual sepasang selipar biasa flip-flops dengan harga £335 atau RM1,706 dalam wang ringgit Malaysia.
Gara-gara harga yang melampau itu, selipar di bawah label Hermès ini telah mendapat kritikan daripada pembeli dalam talian.
Pereka yang terkenal dengan produk keluaran kulit ini telah meletakan harga yang tidak masuk akal bagi sepasang selipar getah biasa di laman webnya [SINI].
Menurut laman sesawang Hermès tersebut, harga selipar yang mahal ini diperbuat daripada “foam sole” dengan lining daripada kulit anak lembu dan juga “technical straps”.
Selipar mahal ini dikenali sebagai Summer Sandal dan memiliki tiga jenis warna yang berbeza iaitu Bordeaux, Marine dan juga Rouge Noir.
Melihat harga yang begitu ‘tinggi’ ini membuat pembeli dalam talian terkejut dan tergamam melihatnya!
Ada yang ingin selipar sebegini?