Kesihatan

Yeke Ni? Makan Kimchi Bagus Untuk Rawat Rambut Gugur

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Yeke Ni? Makan Kimchi Bagus Untuk Rawat Rambut Gugur

Rugi siapa yang tak makan kimchi… Selain mampu membantu mengawal nafsu makan sekaligus menurunkan berat badan. Tahukah makanan ruji masyarakat Korea ini berkesan untuk masalah keguguran rambut.

IKLAN

Baca : Antara Yang Menarik & Fakta Mengejutkan Tentang Kimchi

Foto – Wiki

Kimchi ditapai dengan bakteria asid laktik probiotik, yang menambah rangsangan tumbuhan kepada sayur-sayuran. Ia membantu kita mencerna makanan dengan lebih baik, dan bakteria sihat yang terdapat di kimchi sebenarnya meningkat kemampuan tubuh kita untuk menangkis jangkitan penyakit.

Makan Kimchi Rawat Keguguran Rambut

Berdasarkan kajian, para saintis dari Dankook University melakukan penyelidikan dengan 23 lelaki dan 23 peserta wanita, mengawasi pertumbuhan rambut mereka selama empat bulan. Mereka diarahkan untuk mengambil minuman yogurt yang mengandungi kimchi dan cheonggukjang sebelum sarapan pagi dan waktu tidur. Cheonggukjang adalah produk kocang soya yang difermentasi.

Foto – www.maangchi.com

Saintis mengukur rambut setiap orang selepas sebulan dan sekali lagi tiga bulan kemudian. Diterbitkan dalam World Journal of Men’s Health, kajian itu menemui peningkatan ketara dalam ketebalan dan jumlah rambut untuk 93% pesakit, bahkan untuk peserta lelaki yang mempunyai masalah keguguran rambut yang ketara. Semua peserta telah diarahkan untuk membasuh rambut mereka sebelum melawat hospital dan dengan tegas dinasihatkan supaya tidak menggunakan sebarang produk rawatan seperti serum, minyak rambut dan pelbagainya.

“Lelaki lebih cenderung mengalami kesan pada ketebalan rambut sahaja (30.4%) atau hanya jumlah rambut (26.1%) daripada kesan kedua-dua parameter (39.1%). Untuk wanita pula, kebanyakan wanita menunjukkan kesan positif pada kedua-dua parameter rambut (65.2%).”

Foto – www.mercurynews.com

Walaubagaimanapun, kajian ini masih diteruskan untuk mendapat keputusan yang betul-betul sahih dan muktamad. Sehingga kajian lanjut dijalankan, kami di Wanista akan terus menikmati kimchi.

IKLAN