Fesyen

Bagaikan Puteri Diraja, Gaun Kahwin Ellie Goulding Cantik Dan Sopan Sekali

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bagaikan Puteri Diraja, Gaun Kahwin Ellie Goulding Cantik Dan Sopan Sekali

Pelantun lagu “Love You Like You Do”, Ellie Goulding secara rasmi menamatkan zaman bujangnya dengan pengedar seni Caspar Jopling dalam majlis perkahwinan di Gereja York, England.

IKLAN
Foto – People

Perkahwinan tradisional bagaikan perkahwinan diraja itu dihadiri selebriti ternama seperti Katy Perry, Sienna Miller, kerabat diraja termasuk Puteri Eugenie, Puteri Beatrice, dan ibunya Sarah Ferguson.

Foto – E! News

Gaun Ambil Masa 640 Jam Untuk Siap

Paling cantik apabila Ellie bergaya ala bangsawan dalam gaun pengantin Victoria klasik. Gaun lengan panjang direka oleh Natacha Ramsay-Levi dari Chloé mempunyai kolar yang tinggi dengan perincian ruffles romantis.

Keseluruhan gaun bertaburan glass bead yang dibentuk menyerupai bunga mawar yang cantik dan kemas. Disudahi dengan veil panjang dari fabrik tulle menjadikan busana cukup indah sekali.

Foto – Harper Bazaar

“Saya sangat teruja bekerjsama dengan Natacha untuk gaun kahwin. Saya sentiasa admire akan kerjanya dan kini sudah tiba untuk dia mengambil bahagian di hari istimewa.

Pasukan Chloé memaklumkan mereka mengambil masa 640 jam untuk mereka gaun kahwin. Bermula dari reka bentuk, proses ukuran, pembuatan dan ketepatan menjahit.

Foto – E! News

“Saya sukakan gaya klasik dan abadi, dari Puteri Anne hingga Puteri Monaco Grace Kelly. Namun saya tetap ingin membawa nuansa tradisional dengan sentuhan modern,” ujar Ellie Goulding.

Foto – Harper Bazaar

Sopan sangat gaun kahwinnya. Di harap dapat memberi inspirasi buat si wanita yang sedang pening kepala mencari busana pengantin.

IKLAN