Info Menarik

Hafal & Amal Ayat Kursi Agar Hidup Diberkati Dan Dilindungi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Hafal & Amal Ayat Kursi Agar Hidup Diberkati Dan Dilindungi

Pada artikel kali ini, Wanista akan menerangkan kepentingan dan kebaikan membaca Ayat Kursi.

IKLAN

Ayat 255 daru Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Kursi’ ini digelar sebagai ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca empat ayat pertama dari Surah Al-Baqarah, Ayat Kursi dan ayat terakhir Surah Al-Baqarah maka tidak akan ditimbulkan segala kesulitan dalam kekayaan atau diri sendiri, syaitan tidak akan mendekatinya dan dia sama sekali tidak akan melupakan Quran.”

Lafaz Bacaan Ayat Kursi

Foto – shafiqolbu.wordpress.com

Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.

Manfaat Dari Bacaan Ayat Kursi

  1. Orang yang selalu membaca Ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca Ayat Kursiayat Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca Ayat Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca Ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
  8. Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Foto – cdn.sindonews.net

Sebaiknya carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

Selamat Beramal!

RUJUKAN

IKLAN