Tak sabarnya nak bercuti panjang! Okay nak rancang bercuti hujung tahun ini lah. Tapi mana nak pergi ni eh? Kan best kalau sambil-sambil bercuti dapat tengok cahaya aurora. Dekat manalah nak tengok pemandangan indah aurora ni. Jeles je rasa apabila tengok dekat televisyen, yang menampilkan fenomena cahaya aurora yang memukau jiwa tu!
Okay Wanista dah tahu dekat mana nak tengok pemandangan yang mengasyikan tu! Dah bolehlah rancang percutian dari sekarang, timing pun ngam dan nice!
Ini merupakan lapan destinasi pilihan untuk melihat panorama aurora yang memukau jiwa! Serius tak rugi melancong di sana sambil dapat menikmati panorama alam semula jadi yang meruntuh jiwa raga. Tak sabarnya nak pergi tengok aurora!
8 Destinasi Terbaik Melihat Panorama Aurora
Iceland
Panorama di Iceland akan membuatkan anda taksub dan cair melihat keindahan alam di kala waktu malam menjelma. Antara bulan yang paling sesuai untuk melihat panorama aurora di Iceland ini adalah diantara pada hujung bulan Ogos dan awal bulan April.
Untuk lokasi yang paling sesuai untuk melihat panorama cahaya aurora ini adalah di bahagian selatan Reykjavík di kawasan pendalaman semenanjung Reykjavík.
Kerana di kawasan pendalaman ini menawarkan penginapan dengan pemandangan dari tingkap untuk melihat fenomena cahaya aurora yang sangat bagus.
Norway
Nah yang ini memang destinasi pilihan ramailah, dekat Norway. Biasanya untuk lihat panorama cahaya aurora ni pada bulan Oktober sehingga bulan Mac, kerana masa ini adalah musim sejuk dan cuaca di sana agak gelap dan menjadikan ia mudah untuk melihat fenomena cahaya aurora ni.
Di Norway ini terdapat banyak juga lokasi yang boleh anda pilih untuk menginap antaranya di Tromso, Karasjok dan Kautokeino. Setiap lokasi mempunyai budaya dan tarikan yang tersendiri. Tetapi mereka berkongsi pemandangan yang mengasyikan yang sama iaitu cahaya aurora!
Finland
Auch, Finland dan aurora merupakan destinasi pilihan pengembara! Gambaran pokok-pokok yang di saluti dengan salji putih dengan berlatar belakangkan langit malam dengan cahaya aurora yang mempersona, memberikan pengalaman yang bermakna!
Untuk mengunjungi Finland, waktu yang sesuai adalah pada bulan September sehingga bulan Mac. So anda dah boleh rancang dan beli tiket sekarang okay!
Rusia
Di Rusia juga boleh melihat fenomena cahaya aurora juga, bagi yang teringin berjalan-jalan di Rusia, anda boleh merancang untuk menginap di pekan seperti Murmansk, Arkhangelsk dan Petrozavodsk.
Kerana di pekan-pekan ini menawarkan pemandangan cahaya malam aurora yang nyaman. Bagi yang ingin berjalan-jalan di Rusia sambil melihat cahaya aurora, anda boleh memilih untuk bercuti diantara bulan September hingga bulan Mac untuk melihat panorama aurora.
Sweden
Pemandangan cahaya aurora di Sweden juga mempersonakan umpama disihir jika melihat panorama di sana! Jika anda merancang untuk melihat panorama cahaya aurora di Sweden, nah ada beberapa lokasi yang boleh anda pilih, tetapi lokasi yang berhampiran dengan sempadan Norway adalah lokasi terbaik untuk melihat cahaya aurora seperti di Gothenburg.
Untuk pergi ke Sweden, masa yang sesuai adalah dari bulan September sehinggalah bulan Mac. Waktu sebegini sesuai untuk anda berjalan-jalan dan nikmati pemandangan alam serta meneroka budaya di sana!
Greenland
Greenland ni walaupun jauh tetapi bagi jiwa pengembara yang gemar menjelajah, cabaran perjalanan yang jauh pasti dapat di tempuhi! Tambahan lagi pemandangan yang bakal anda alami sesuatu yang tidak dapat di beli dengan wang ringit.
Bagi yang ingin menyahut cabaran mengembara perjalanan jauh, anda boleh merancang perjalanan di sekitar pertengahan bulan Ogos sehingga hujung bulan April.
Kanada
Nah ini merupakan salah satu negara yang menawarkan penjelajahan yang jauh! Jika anda mampu mengharungi perjalanan yang jauh, maka Kanada adalah pilihannya. Pemandangan cahaya aurora di Kanada memang sangat terang terutama di Yukon!
Memang tempat laluan cahaya aurora tau di situ. Bagi yang ingin ke Kanada untuk melihat panorama aurora ini, waktu yang sesuai adalah pada hujung bulan Ogos sehingga pertengahan bulan April.
Alaska
Alaska merupakan jiran bagi negara Kanada, dan juga merupakan salah satu destinasi perjalanan yang jauh. Meskipun jauh, pemandangan aurora yang berharga di Alaska pasti membuatkan pengembara meneruskan juga perjalanan.
Tambahan lagi, di Alaska juga punya misteri serta budaya unik yang berbaloi untuk di jelajahi. Bagi yang ingin merancang untuk ke Alaska, anda boleh berkunjung di sekitar hujung bulan Ogos sehingga pertengahan bulan April. Dan bulan-bulan ini adalah masa yang selamat dan sesuai untuk mengembara di Alaska.
Nah, dah ada idea nak bercuti dekat mana hujung tahun ni? Dan yang paling penting dapat tengok pemandangan panorama cahaya aurora!
Urgh, teruja betul rasa apabila terbayang melihat pemandangan alam ni. Sedikit peringatan, bagi yang ingin mengembara tu, pastikan anda telah bersiap sedia dari segi persediaan mental, fizikal, barang keperluan dan anda dah rancang dengan teliti perjalanan yang ingin dijelajahi. Apa-apa pun keselamatan apabila melancong wajib menjadi keutamaan okay!