Hiburan

Macam Jerangkung, Demi Watak ‘Joker’ Aktor Joaquin Phoenix Hilang 52 Paun

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Macam Jerangkung, Demi Watak ‘Joker’ Aktor Joaquin Phoenix Hilang 52 Paun

This is the true commitment.

IKLAN

Bukan setakat tangkap muat untuk memainkan sesebuah watak dalam drama atau filem. Aktor hebat Joaquin Phoenix dilaporkan kehilangan 52 paun untuk memainkan watak Joker dalam filemnya yang akan datang.

Pengarah “Joker”, Todd Phillips mendedahkan butiran itu semasa diwawancara mengenai perkembangan Joker, menambah untuk watak Joker yang dipersembah akan jauh lebih realistik berbanding komik. Jadi, Phoenix memberikan komitmen 100% untuk menghayati struktur watak Joker yang cukup tragis.

“Saya hanya cuba melakukan sesuatu yang kami rasa jujur dan unik, itu kerja saya, ” telas Phoenix dalam satu temu bual.

Menerusi trailer, Phoenix sebagai Arthur Fleck merupakan pelawak di Gotham City sekitar tahun 1980an. Satu adegan menunjukkan Phoenix tanpa baju berdiri di ruang tamu dengan tulang belakang menonjol, rusuk kelihatan, keadaannya ibarat jerangkung kerana transformasi fizikal yang ekstrem.

Joaquin Phoenix sebagai Joker. Foto – Youtube

Sebelum ini, costar Zazie Beetz memberitahu bahawa skrip filem itu ditulis semula sepenuhnya, dan kerana perubahan berat badan Phoenix yang drastik, mereka tidak meneruskan penggambaran filem seperti biasa.

Kita sedia maklum jika kehilangan berat badan yang terlalu banyak, ini boleh mengakibatkan individu cepat letih, tidak bertenaga dan lemah.

“Joker’ akan berada di panggung pada 4 Oktober 2019 ini.

IKLAN