Fesyen

Jackson Wang Tampilkan Aura Berkeyakinan Sebagai Duta RAY-BAN

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Jackson Wang Tampilkan Aura Berkeyakinan Sebagai Duta RAY-BAN

Baru-baru ini jenama cermin mata terkenal dunia RAY-BAN telah mengumumkan pemuzik terkenal Asia, Jackson Wang sebagai dutanya. Ray-Ban telah melancarkan kempen jenama terbaru yang dikenali sebagai #ProudToBelong di mana kempen ini meraikan hubungan manusia dalam arus emosi seperti saat Lemah & Empati, saat Bersemangat & Gembira dan saat Berkeyakinan dan Bangga.

IKLAN
Foto – aminoapps.com

Dengan kempen Proud To Belong ini, Ray-Ban memilih Jackson Wang sebagai duta mereka kerana Jackson mempamerkan aura semangat yang sangat jitu dan tinggi. Sekaligus membuktikan perjalanan kerjayanya daripada seorang atlet menjadi seorang pemuzik dan banyak lagi.

Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian dengan Ray-Ban, satu jenama yang tidak asing lagi dalam arus trend fesyen, malah ia juga mengharungi budaya, reka bentuk dan juga inovasi teknikal.

Apa yang lebih mengujakan adalah ini adalah permulaan perjalanan saya bersaya Ray-Ban. Jadi terus setia bersama untuk berita yang lebih menyeronokan untuk di kongsi! – Duta Jenama Global Ray-Ban, Jackson Wang

Foto – The Glass Magazine

Jackson Wang yang lahir di Hong Kong ini pernah mendapat anugerah pemenang pemain pedang. Dia juga memiliki pelbagai pengalaman pelbagai budaya sebagai wakil generasi baharu Asia. 

Sejak memulakan perjalanan seni muziknya, Jackson telah mempamerkan pelbagai pencapaian luar biasa dan menjadi salah seorang pemuzik yang berpengaruh di Asia.

Selain itu Jackson bekerja secara rapat dengan kumpulannya yang dikenali sebagai Team Wang, menerusi ahli kumpulan tersebut Jackson berkongsi semangatnya yang jitu untuk muzik kian membara.

Nantikan perkembangan dan berita perjalanan Jackson sebagai Duta Ray-Ban. Dan jadi sebahagian dengan kempen yang dilancarkan oleh Ray-Ban ini.

IKLAN