Keibubapaan

Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi ‘Camphor’ Pada Kanak-Kanak

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi ‘Camphor’ Pada Kanak-Kanak

Tahukah ‘Camphor’ atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia berfungsi baik untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema.

IKLAN

Walaubagaimanapun, produk yang mengandungi kapur barus ini dilaporkan TIDAK SESUAI digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Perkongsian dari Public Health Malaysia menunjukkan, produk sebegini boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk si kecil. Bahan dari kapur barus boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Foto – Thrive Global

Antara produk yang mengandungi CAMPHOR adalah seperti berikut;

Minyak Cap Kapak

Foto – FB Public Health Malaysia

VapoRub

Foto – FB Public Health Malaysia

Mentholatum

Foto – FB Public Health Malaysia

Tiger Balm

Foto – FB Public Health Malaysia

Salonpas

Foto – FB Public Health Malaysia

Yoko Yoko

Foto – FB Public Health Malaysia

Ini antara sebahagiannya, info lanjut sila rujuk Facebook Public Health Malaysia. Dinasihati, ibu bapa sama sekali jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka pada si kecil agar tidak memudaratkan.