Fesyen

6 Beg Tangan Hitam & Berjenama Tak Pernah ‘Lapuk’, Wanita Confirm Suka!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
6 Beg Tangan Hitam & Berjenama Tak Pernah ‘Lapuk’, Wanita Confirm Suka!

You can’t ever go wrong with black!

IKLAN

Beg tangan yang berwarna-warni tidak dapat dinafikan cantik untuk dilihat, apatah lagi dipadankan bersama pakaian kosong, bikin penampilan ceria dan menawan. 

Cuma satu-satunya kelemahan adalah ia boleh menjadi agak terhad, terutama untuk kegunaan harian – anda seringkali berfikir jika tote berwarna sesuai dengan pakaian atau tidak, hal ini menyebabkan anda mengambil masa lama untuk bersiap.

Jadi, jika anda ingin melabur dalam beg tangan pereka yang mahal, sebaiknya melabur untuk beg tangan berwarna hitam. Beg tangan ini bukan sahaja ‘masuk’ dengan apa sahaja pakaian dan warna, bahkan you can’t go wrong with purchasing a versatile and timeless black bag.

Baca : Inilah 25 Beg Tangan Berjenama Paling Popular Sepanjang Masa

Untuk memberi idea, berikut adalah beberapa beg tangan hitam klasik dari pelbagai label mewah yang berbaloi untuk anda labur;

IKLAN

Chanel Classic Flap Bag

Foto – Getty

Beg tangan dari rumah fesyen ikonik ini pada asalnya direka oleh Coco Chanel pada tahun 1995 dan direka semula oleh Karl Lagerfeld pada tahun 80-an, dan masih popular sehingga ke hari ini, bahkan dianggap sebagai beg pelaburan.

Balenciaga Classic City Short Strap

Foto – Pinterest

Dengan siluet yang cool, selama-lamanya beg tangan ini menonjolkan penampilan si pemakai. Unik dan praktikal, beg tangan bersaiz sederhana sudah cukup untuk anda meletakkan segala barang yang diperlukan setiap hari.

Gucci GG Marmont Medium Matelasse

Foto – Pinterest

Gucci telah melancarkan pelbagai rekaan beg yang unik. Walaubagaimanapun, rekaan GG Marmont hitam dilengkapi dengan dua logo G adalah paling menarik dan kuat harganya untuk pelaburan.

Hermes Birkin 25cm

Foto – Jane Finds

Sebuah Hermes Birkin akan memakan masa 48 jam untuk disiapkan. Ini kerana produksinya masih lagi memanfaatkan teknologi lama pembuatan tangan di mana, hanya seorang pengubah yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan beg Hermes Birkin. Disebabkan itu harganya melambung tinggi dan bagus untuk pelaburan.

Prada Galleria

Foto – Fashion Blog

Beg kulit mewah ini mempunyai corak silang yang unik, dan sifatnya yang kalis air. Santai namun berstruktur, menjadikannya salah satu tote ikonik Prada sesuai dijadikan beg kerja yang praktikal dan elegan.

Celine Luggage

Foto – Purseblog

Celine Luggage telah memenangi hati ramai kerana ia bukan sahaja bergaya tetapi juga pratikal. Anda boleh memakainya dengan tali silang atau sebagai tote mengikut gaya masing-masing.

Senang beli beg tangan warna hitam sesuai dipadankan dengan apa sahaja outfit dan warna. Tak payah pening kepala!