Kita sering mendengar bahawa postur tubuh badan yang bagus merupakan kunci kepada kunci kesihatan yang bagus juga. Tetapi kebanyakan masyarakat di Malaysia memiliki postur badan yang tidak betul kerana habit buruk yang dibawa semasa kecil sehingga dewasa menyukarkan diri untuk menukar postur tubuh badan dengan betul.
Meskipun sukar untuk menukar postur badan tetapi ianya tidak mustahil apa yang penting anda sanggup lakukan latihan yang betul untuk membetulkan postur badan dan ianya haruslah kosisten agar habit lama dapat di tinggalkan.
Apa Itu Postur & Kenapa Ianya Penting?
Postur merupakan posisi tubuh badan yang kita lakukan sama ada ketika berdiri, duduk mahupun ketika baring. Postur yang bagus akan membetulkan anggota tubuh badan dengan jumlah tekanan otot yang betul untuk melawan graviti. Tanpa postur dan otot tubuh badan yang mengawalnya, manusia akan mudah jatuh ke lantai.
Mengapa posisi postur yang betul adalah penting kepada diri kita? Postur tubuh badan yang betul dapat membantu kita untuk berdiri, berjalan, duduk dan baring dengan betul. Bukan itu sahaja terdapat beberapa kepentingan terhadap postur yang betul antaranya adalah:
- Postur yang betul dapat membantu kita untuk mengekalkan jajaran tulang dan sendi dengan betul supaya otot kita dapat digunakan dengan betul serta mengurangkan pergerakan sendi yang tidak diperlukan.
- Dapat mengelakan atau mengurangkan masalah arthritis dan sakit sendi.
- Mengurangkan tekanan pada ligamen yang berperanan memegang sendi tulang belakang dan meminimakan sebarang kecederaan yang mungkin berlaku.
- Postur yang betul dapat membenarkan otot bekerja secara efektif dan menggunakan tenaga yang diperlukan sahaja. Sekaligus dapat mengelakan masalah keletihan pada otot.
- Membantu menghalang masalah otot tertekan, terlebih guna dan masalah sakit otot.
Betulkan Postur Badan Mengikut Posisi
Untuk membetulkan postur tubuh badan, anda perlu ada kesedaran untuk membantu membetulkan postur tubuh. Apa yang dimaksudkan dengan kesedaran adalah apabila anda duduk, berdiri, berjalan ataupun baring, anda perlu betulkan pergerakan dengan posisi postur yang betul dalam sedar.
Dengan erti kata lain, anda harus betulkan posisi badan tanpa membiarkan habit anda mengawal pergerakan serta postur tubuh anda.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda guna pakai untuk mendapatkan postur tubuh badan yang betul.
Postur Ketika Duduk
- Apabila anda duduk, pastikan kaki anda kedua-duanya terletak lurus dan mencecah lantai.
- Jangan duduk dalam keadaan bersila ini tidak bagus pada lutut anda untuk jangka masa yang lama.
- Adjust tempat duduk anda untuk sokong bahagian badan belakang, pinggang dan pinggul anda.
- Relaxkan bahu dan lengan anda ketika duduk.
- Elakan duduk dengan posisi yang sama dalam jangka masa yang lama.
Poster Ketika Berdiri
- Pastikan kaki anda mengikut luas ukuran bahu.
- Biarkan lengan lurus ke bawah secara natural.
- Berdiri tegak dan bahu pula berada sedikit ke belakang.
- Apabila berdiri bengkokkan lutut sedikit.
- Jika anda berdiri lama alihkan berat badan dari jari kaki ke tapak untuk imbangkan.
Postur Ketika Baring
- Cari tilam yang sesuai untuk anda. Sebaiknya guna tilam yang disarankan untuk mengurangkan sakit belakang.
- Cari tilam yang selesa dan sesuai untuk masalah tulang belakang.
- Tidur dengan bantal khas yang dapat bantu betulkan postur tubuh badan.
- Semasa tidur letakan bantal di bawah lutut.
5 Latihan Betulkan Postur Badan
#1 Lakukan Abdominal Stretching
Bengkokkan kaki sehingga 90 darjah bermula dengan mengangkat perut dan punggung ke atas dan tahan selama 10 saat. Lakukan aktiviti ini sebanyak lapan kali sehari. Aktiviti ini harus dilakukan setiap hari untuk mendapatkan kembali postur badan yang betul.
#2 Lakukan Senaman Shoulder Blade Squeeze
Duduk di atas kerusi dengan postur badan lurus dan tegak, kemudian squeeze kedua-dua bahu kebelakang dan tahan sehingga kiraan lima dan lepaskan. Ulang pergerakan ini sebanyak tiga atau empat kali setiap hari.
#3 Latih Otot Dengan Latihan Kekuatan
Latihan atau senaman sebegini akan menguatkan otot di bahagian belakang badan dan juga bahu anda. Serta dalam masa yang sama akan mengimbangi postur tubuh anda. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali setiap hari.
#4 Lakukan Senaman Renggangan Penguin
Letakan tangan dibahu dan anda mendapati lengan anda akan menjadi seolah-olah kepak penguin dan lakukan pusingan pusingan mengikut arah jam selama 30 saat. Dan kemudian lakukan pergerakan lawan arah jam selama 30 saat juga.
#5 Lakukan Senaman Renggangan Tengkuk
Lakukan renggangan tengkuk dengan merenggangkan tengkuk kepada empat arah iaitu ke kiri, kanan, atas dan bawah. Lakukan pergerakan tersebut dengan perlahan dan dalam masa yang sama urut leher yang tegang tersebut. Lakukan aktiviti ini pada waktu pagi.
Diharap segala tips serta ilmu yang diberi dapat membantu anda untuk mengekalkan postur tubuh yang bagus agar kesihatan anda lebih kuat, sihat dan terjaga. Penting untuk anda mendapatkan postur badan yang betul tau!