Kamu tahu pakaian ketat bukan saja menyesakkan tubuh badan malah memberi mudarat?
Kim Kardashian pernah mencetuskan kontroversi menyarung dress korset paling ketat di dunia, sehingga langsung tidak boleh duduk dan membuang air kecil, bahkan memudaratkan kesihatan.
Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menolak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk.
Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.”
- Foto – Insider
Difahamkan beberapa kajian telah melaporkan bahawa tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada tubuh. Kebiasaan pakaian ketat dapat menekan sistem limfatik (saluran limfatik), sistem saluran darah, organ dalam tubuh, otot, tisu penghubung lain, dan saraf tertentu.
Ini sememangnya boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda, dari peredaran udara, masalah perut, atau masalah kulit.
Berikut adalah bahaya yang mungkin anda hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.
Mengganggu Kesihatan Perut
Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia. Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus).
Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.
- Foto – Beauty Bar
Penyakit Meralgia Paresthetica
Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN).
Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar.
Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.
- Foto – Wellness
Nyeri Pada Anggota Badan
Pakaian ketat dan saiz yang salah (terlalu kecil) boleh menjadi buruk untuk kesihatan. Sebagai contoh, apabila kamu menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara kamu tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra.
Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.
- Foto – Pinterest
Gejala Lain
Bila kamu mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.
- Sakit perut semasa memakai skinny jeans
- Mengalami masalah pencernaan
- Ruam pada kulit
- Sakit kepala akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat
- Punggung kamu sakit dan nyeri
- Foto – Heathline
Jika kamu berterusan mengalami seperti keadaan di atas, kurangkan pemakaian ketat secara berperingkat. Ingat nak cantik kena berpada-pada, jangan sampai tidak ambil peduli tentang kesihatan.
Selamat Beramal!