Makanan

Starbucks At Home Oleh Nestle Perkenal Rangkaian Kopi Premium Baharu!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Starbucks At Home Oleh Nestle Perkenal Rangkaian Kopi Premium Baharu!

Nestlé kini memperkukuhkan rangkaian perkhidmatan kopi premium dengan kerjasama bersama Starbucks. Menariknya kerjasama diantara dua nama besar ini, membawa ‘masuk’ kopi premium ke kediaman di Malaysia dan juga Singapura dengan melancarkan “Starbucks At Home”.

IKLAN

Rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 produk termasuklah biji kopi, kopi panggang dan kopi kisar yang dibungkus serta kapsul Starbucks sulung yang dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafé Dolce Gusto.

Ketua pasaran Nestlé Malaysia/Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, encik Juan Aranols berkongsi tentang usahasama diantara Starbucks dan Nestlé dalam memperkukuhkan rangkaian kopi premium dan sekaligus memberikan penyelesaian terhadap perkhidmatan makanan baharu di bawah ikatan kopi global.

Foto – Wanista

Ikatan antara Nestlé dan Starbucks menggandingkan tiga jenama ikonik dunia iaitu Nescafé, Nespresso dan juga Starbucks. Ia membuka peluang menarik dalam pasaran kopi yang semakin berkembang di Malaysia dan Singapura.

Nestlé kini berada di kedudukan yang lebih kukuh dalam menawarkan pilihan kopi terbaik untuk terus menambat hati dan selera pengguna di dua negara ini.

Syarikat-syarikat kami telah membina asas perniagaan yang kukuh di pasaran ini dan kami berkongsi nilai serta minta yang sama terhadap kopi.

Ikatan global ini akan membantu pasaran kopi bagi kedua-dua segmen, dalam dan luar rumah untuk berkembang maju menerusi inovasi dan penyelesaian kopi menarik yang bakal memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang lebih sesuai.– Ketua pasaran Nestlé Malaysia/Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, encik Juan Aranols

Foto – Wanista (dari kanan Encik Juan Aranols Ketua pasaran Nestlé Malaysia/Singapura dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Encik Othman Chraibi Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Minuman Nestlé (Malaysia) Berhad)

Rangkaian produk kopi baharu ini termasuklah kepelbagaian kopi adunan dan kopi tanaman tunggal tersendiri Starbucks, serta pilihan minuman klasik seperti Caramel Macchiato dan Cappuccino. Semua produk dihasilkan menggunakan 100% kopi Arabica bermutu tinggi.

Foto – Marketing Oops!

Produk kopi “Starbucks At Home” ini boleh didapati di laman rasmi “Starbucks At Home” di Lazada Malaysia [SINI] dan FairPriceOn Singapura [SINI]. Selain itu anda juga boleh membeli secara terus di laman sesawang Nescafé Dolce Gusto [SINI].

IKLAN
Foto – Wanista

Menerusi ikatan kopi global ini, Nestlé mempunyai hak sepenuhnya untuk memasarkan Barangan Pengguna Dibungkus (Consumer Packaged Goods) dan produk kopi serta teh Perkhidmatan Makanan Starbucks di seluruh dunia, di luar lokasi Starbucks dan tidak termasuk produk sedia untuk di minum.

Foto – Wanista

Ikatan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Nestlé dalam perniagaan kopi global dan meluaskan capaian global jenama Starbucks dalam produk Barangan Pengguna Dibungkus dan Perkhidmatan Makanan.

Jadi bagi anda yang sememangnya coffee lover dan homebody, anda patut cuba rasai rasa kopi bermutu tinggi ini sekarang. Malah harga bagi setiap produk kopi dan mesin pengisar kopi yang dijual adalah berpatutan dan berbaloi untuk anda letakan di rumah!