Siapa yang tidak mengenali artis genit yang comel lagi menawan ini Camila Cabello, lagu-lagu yang dinyanyikan sering mendapat perhatian dan menjadi ikutan ramai. Camila Cabello ini tidak seperti artis lain yang sering menggunakan akaun sosial media untuk berkomunikasi dengan peminat.
Camila sangat jarang menggunakan akaun Instagramnya, peminat yang ingin mengikuti perkembangan Camila pastinya tertunggu-tunggu bila Camila akan post tentang dirinya di akaun instagram.
Sebenarnya Camila ada sebab mengapa dirinya jarang menggunakan akaun sosial media Instagramnya itu. Ikuti penjelasan Camila Cabello di bawah.
Ini Sebab Camila Cabello Jarang Guna Instagram
#1 Tidak Bagus Bagi Diri Camilla
Menurut Camilla, penggunaan sosial media tidak sesuai bagi dirinya ini kerana Camilla sendiri tidak tahu bagaimana untuk tidak berasa terjejas dengan apa yang orang perkatakan dan dirinya juga tidak membaca mesej-mesej yang di kirim. Meskipun begitu, Camilla mengetahui bahawa dirinya boleh menggunakan platform ini untuk membantu orang lain walaupun sedikit.
#2 Sosial Media Juga Boleh Jadi Toksin
Baru-baru ini Camilla juga mengalami pengalaman body-shaming di mana dirinya di kritik dengan “Cellulite” yang terdapat di tubuhnya. Bagi Camilla tiada tubuh yang sempurna dan masyarakat memiliki pandangan yang tidak realistik tentang tubuh wanita. Camilla berkongsi bahawa cellulite merupakan normal, lemak adalah normal dan ianya cantik serta natural.
#3 Sosial Media Juga Punya Kebaikan Dan Keburukan
Dek kerana pengalaman yang menimpa diri Camilla, pengunaan sosial media ini memiliki kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Dan setiap apa yang dilemparkan oleh masyarakat sama ada baik mahupun buruk sedikit sebanyak akan mempengaruhi mental dan pemikiran diri. oleh itu, Camilla memilih untuk tidak selalu menggunakan sosial media kerana di khuatiri mudah terjejas dengan apa yang orang katakan tentang dirinya.
4# Ambil 5 Minit Untuk Bernafas!
Sedar atau tidak amai yang struggle dalam menggunakan sosial media, itu adalah perkara biasa kerana kita hanya manusia biasa, Oleh itu ambil masa sejenak, Camilla berkongsi bahawa dirinya kerap overthinking dan ianya tidak bagus. Camilla ambil masa lima minit untuk bermeditasi, mengatur hembusan nafas dan dirinya mula dapat fokus seperti biasa.
Malah ia banyak membantu Camilla dan berharap cara ini dapat membantu orang lain untuk turut berehat sejenak dalam tempoh lima minit tanpa sebarang penggunaan sosial media.
Penting untuk anda bahagikan diri dan penggunaan sosial media agar ia tidak menjejaskan kehidupan anda. Kadang kala luangkan masa tanpa penggunaan sosial media sejenak dapat membantu anda untuk seimbangkan gaya hidup yang lebih baik. Jadi tiru nasihat meditasi Camilla untuk berehat lima minit, lagi pun akaun sosial media anda tidak lari ke mana. Apa yang penting adalah kesihatan diri dan mental anda. Jadilah insan yang bijak mengimbangkan penggunaan sosial media dan urusan kerja mahupun peribadi dengan baik.