Kembara, Sponsored

Percutian Musim Sejuk Yang Indah Ala Puteri Disney Menanti Anda Di Switzerland

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Percutian Musim Sejuk Yang Indah Ala Puteri Disney Menanti Anda Di Switzerland

Puteri Disney.

IKLAN

Bagi seorang wanita yang pernah menjalani hidup sebagai kanak-kanak perempuan pastinya kita semua punyai karakter puteri Disney kegemaran bukan? Kita sering sekali menganggap diri sebagai puteri, berangan memakai selendang milik ibu kita yang kemudiannya dililit keliling badan untuk dijadikan gaun kembang seperti yang digayakan oleh Cinderella, Belle dalam filem Beauty & The Beast. Atau tidak kurangnya juga mahu menjadi ikan duyung seperti Ariel. Bahkan mendandan rambut tocang bak Elsa dalam Frozen.

Puteri Disney. Foto – Amazon

Bila dah minat punya pasal, pasti kita teringin berkunjung ke lokasi percutian ala-ala Puteri Disney, lagi pula ketika musim sejuk? Terkenangkan cuaca panas di Malaysia mesti ada yang pasang angan-angan untuk melancong ke negara musim sejuk. Sangat overrated jika anda sekadar berkunjung ke Korea, Jepun, Perancis atau sebahagian negara di Eropah untuk merasai musim sejuk.

Percutian musim sejuk di Switzerland. Foto – Travel Triangle

Anda tahu Switzerland adalah destinasi terbaik untuk anda merasai pengalaman musim sejuk, bahkan anda dapat mencipta memori bagaikan Puteri Disney lagi. Musim sejuk adalah musim kemuncak negara Switzerland, bayangkan lereng-lereng gunung dipenuhi dengan pemain ski, papan luncur salji, dan inilah masa untuk mereka yang ingin merasai salji. Tak teringin ke nak feeling jadi Elsa atau Mulan di sana?

Lakukan 5 BENDA ini agar anda dapat mencipta percutian dongeng paling indah.

Jungfraujoch Ice Palace

Perjalanan dengan keretapi elektrik dan lif berkelajuan tinggi untuk sampai ke Jungfraujoch Ice Palace, yang dibuka sepanjang tahun kepada pelawat ibarat seperti anda mendaki ke istana Puteri Elsa yang dibina daripada ais dalam filem Frozen.

Istana Elsa yang dibuat daripada ais. Foto – Twitter

Terletak di Pergunungan Alpen Swiss, Jungfraujoch adalah stesen keretapi tertinggi di Eropah, menjadikannya istana ais antara yang tertinggi di dunia. Dicipta dari Aletsch Glacier, istana ini mempunyai patung-patung haiwan, bilik berkubah, perabot ais dan segalanya dibuat daripada ais.

Foto – Switzerland Tour

Town of  Zermatt

Awal filem dongeng Beauty and the Beast dihidangkan dengan babak Belle bernyanyi riang di kampung halamannya yang aman damai. Mengambil inspirasi tersebut, anda boleh saja berkunjung ke Town of Zermatt, visual yang lebih kurang sama seperti perkampungan Belle.

Foto – Boredpanda

Bukan sahaja anda dapat meneroka kampung lama dengan bangunan kayu yang bermula pada abad ke-16. Zermatt juga terdapat beberapa butik mewah dan kedai pakaian yang harganya murah dan berpatutan. Ada juga kafe-kafe cantik yang menyajikan segalanya dari kopi hingga coklat, manisan dan pastri yang enak-enak belaka. Lagi satu, Zermatt adalah bandar yang bebas kereta. Jadi bagi kenderaan persendirian, akses dibenarkan sehingga Täsch (5 km dari Zermatt).

IKLAN
Town of Zermatt menjadi lokasi pilihan untuk musim sejuk di Switzerland. Foto – www.wanderlustchloe.com

Chillon Castle

Istana kota Sleeping Beauty adalah sebuah struktur istana kota cerita dongeng. Ia telah dibina berdasarkan istana kota Neuschwanstein akhir kurun ke-19 yang terletak di Bavaria, Jerman, dengan beberapa sentuhan inspirasi Perancis (terutamanya Notre Dame de Paris dan Hospices de Beaune).

Istana kota Sleeping Beauty. Foto – Wiki

Tapi tahukah anda juga dapat melihat ciri-ciri yang sama pada Chillon Castle yang terletak di Switzerland. Chateau de Chillon adalah sebuah istana romantis di Tasik Geneva berhampiran Montreux. Istana ini adalah monumen bersejarah yang paling banyak dilawati di Switzerland bahkan pilihan destinasi keluarga. Idea Wanista, jadikan lawatan istana dalam satu itinerary seharian dari Geneva,  Lausanne, dan pusat peranginan ski di Alps – yang kesemuanya berdekatan.

Chateau de Chillon terletak di Tasik Geneva. Foto – Swiss Tourism

Rigi First

Cinderella dan kereta kuda antara highlight dalam filem dongeng kesukaan ramai ini. Mengambil momen yang sama, anda boleh berkunjung ke Rigi First. Bayangkan sahaja menaiki kereta kuda dalam musim sejuk, tak teringin ke?

Cinderella menaiki kereta kuda sumpahan ketika mahu menghadiri upacara keramaian diraja. Foto – Pinterest

Di sini anda boleh terokai pergunungan Alpine yang menakjubkan deria lihat sama ada ketika musim sejuk atau panas di atas kereta kuda. Sama ada anda mengembara dalam satu kumpulan, berpasangan, keluarga atau anda sendiri, membuat perjalanan menaiki sebuah kereta kuda confirm akan diingati.

Kereta kuda di Rigi First. Foto – Wiki

Toboggan

Melihat pada babak Fa Mulan bertempur dengan musuh di kawasan pergunungan yang diliputi salji cukup membangkit rasa ingin mengembara ke negara sejuk. Walaupun babak mencemaskan, tetapi mata kita terpesona melihat keasyikan salji putih yang bersih dan cantik. Jika anda ingin pengalaman sedemikian, Wanista cadangkan aktiviti Toboggan (kereta yang tidak beroda digunakan di tempat yang bersalji), Alpine Coaster – Glacier.

Foto – Alternative Press

Bayangkan dengan lingkaran 520 °, 10 lengkung yang berlainan curam, 6 gelombang dan 3 lompatan yang menawarkan kelajuan maksimum 40 km/jam lebih satu kilometer, Alpine Coaster adalah aktiviti adrenalin paling menyeronokkan, dijamin dapat meningkatkan kadar jantung anda!

Aktiviti Toboggan – kereta yang tidak beroda digunakan di tempat yang bersalji. Foto – Trip

Terokai Switzerland Dengan Sedunia Travel

Bercakap tentang percutian musim sejuk ke Switzerland, terus mindset orang kita merasakan ianya mahal walhal jika perancangan dibuat penuh perincian, anda boleh sahaja kunjungi sekali seumur hidup.

Tanah gunung yang bersalji, padang rumput hijau dan tasik yang dalam, landskap Switzerland tidak akan gagal memukau anda. Zurich, ibu kota Switzerland menawarkan lebih banyak daripada warisan perbankan tradisional, bahkan menjadi tuan rumah perarakan jalan terbesar di Eropah setiap musim panas. 

Terokai pusat abad pertengahan Lausanne dengan Katedral Gothic yang indah dan muzium seni menakjubkan, menamatkan perjalanan dengan coklat panas di salah sebuah kafe di Old Town, atau kunjungi Lucerne, yang terletak di tepi tasik yang luas, salah satu bandar paling indah di Switzerland.

Nikmati secawan coklat panas bersama permandangan indah di Old Town. Foto – TripAdvisor

Siapa yang mahu menjelajah di luar negara pasti dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik di negara kecil ini, dari ski ke mendaki, Switzerland menawarkan kesemuanya. Lagi pula ketika musim sejuk, memang bonus untuk anda semua!

Kalau nak murah, pergi sahaja lawati laman web [www.seduniatravel.com] yang sedang mengadakan pakej pelancongan murah serta berbaloi setimpal dengan bajet anda. Bukan itu sahaja, tawaran semasa MATTA Fair membolehkan anda jimat sehingga 10%.

Untuk pengetahuan anda, Sedunia Travel adalah agensi pelancongan yang menawarkan pilihan lawatan, rombongan dan percutian terbaik di seluruh dunia. Menarikkan?

Foto – Sedunia Travel

Mulakan perancangan ke Switzerland sekarang untuk musim sejuk nanti!